Netizen Mula Kongsi Tips Untuk Pastikan ‘Mental Health’ Kekal Stabil
Pendekatan saling mengambil berat dan memberi perhatian antara satu sama lain boleh membantu mengharungi PKP selain menitikberatkan penjagaan kesihatan mental dan emosi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tidak dinafikan, sukar sebenarnya untuk seseorang meneruskan kehidupan seperti biasa dengan suasana ‘new normal’ atau normal baharu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Bukan sahaja di Malaysia, malah negara jiran juga menghadapi situasi sama.

Perunding Psikiatri Sunway Medical Centre Velocity Dr Lim Wai Jenn berkata, setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi tekanan hingga menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan.
Menurutnya, adalah perkara biasa individu mengalami gangguan ketidakstabilan emosi atau kerisauan dan kebimbangan yang sederhana dalam kehidupan harian.
Bagaimanapun, jika gangguan ini kerap berlaku atau berlanjutan hingga menjejaskan tidur, selera makan, keupayaan untuk berfungsi dan keseronokan melakukan sebarang aktiviti, ini berkemungkinan tanda masalah kesihatan mental yang lebih serius.
Perunding Psikiatri Sunway Medical Centre Velocity Dr Lim Wai Jenn melalui Harian Metro.

(Kredit: Astro Awani)
Malah, ada juga individu mengalami serangan panik (panic attack) apabila ia mempunyai gejala fizikal seperti sesak nafas, menggeletar, tekanan di dada, jantung berdebar-debar, menggeletar, berpeluh atau hampir pengsan.
Menurutnya, gejala ini berlaku secara tiba-tiba, tanpa dijangka dan tiada sebarang punca. Sebilanganya mungkin berasakan mereka mengalami serangan jantung. Gejala ini boleh berulang tanpa amaran.
Dalam situasi ini, mereka digalakkan berjumpa pakar psikiatri untuk mendapatkan perundingan bagi mengurangkan gangguan kehidupan individu terbabit. PKP tidak menghalang pesakit mendapatkan rawatan dan berjumpa doktor.
Perunding Psikiatri Sunway Medical Centre Velocity Dr Lim Wai Jenn melalui Harian Metro.
Warganet kongsi idea untuk pastikan kesihatan mental sentiasa stabil
Baru-baru ini, satu perkongsian di laman Twitter Mehmed Aezhad mula tular dengan lebih 5,246 retweets dan 2,652 quote tweets.
Tweet tersebut membincangkan topik bagaimana setiap orang boleh memastikan kesihatan mental sentiasa terjaga dan stabil pada waktu yang mencabar ini.
Pelbagai idea disalurkan oleh warganet dan pastinya berguna untuk orang ramai mula praktik.
Apa yang kau buat untuk maintain mental health waktu sekarang ini?
— Mehmed Aezhad (@MehmedAezhad) July 27, 2021
Boleh share sikit?
Tips berguna hasil idea warganet
If i terlalu stress i’ll put my phone away, rehatkan diri dari social media and tenang kan diri. I akan tengok drama, masak and makan, duduk depan rumah and tengok bulan. I’ll set in my mind yang insyaAllah everything is gonna be okay soon, ini ujian dan aku kuat untuk hadapi.
— Azfar Heri (@Azfarheri) July 28, 2021
Bela ikan best. Nak beli aquarium besar tapi takde ruang and no money😅 kecik2 pun cukuplah.
— Emma Hasy (@emmahasy) July 27, 2021
Letak pokok hidup dah lumut cepat je. Kena bersihkan esok nih! Habis ikan langgar semua spongebob n kwn2 dia😁 pic.twitter.com/yqmjzGamgI
1. Sangka baik segala masalah akan selesai. Jgn fikir kuat sgt.
— Fitri (@fitriazmann) July 27, 2021
2. Doa kuat2 dgn Tuhan supaya Dia selesaikan masalah yg kita hadapi. Sandarkn harapan Tuhan.
3. Borak dgn kwn yg dipercayai psl masalh
4. Bersukan/Bersenam (keluarkn peluh)
5. Go easy. Buat mana mampu aslkn siap
Sibukkan diri atau cari hobi baru yang perlukan otak kita setiap hari fikir untuk buat apa esok lusa tulat dan hari2 seterusnya. For me, i suka planting & coffee so hari2 i akan fikir esok nak tanam pokok apa. Buat menu coffee apa yang sedap
— ayeen 🍃 (@nialurun__) July 27, 2021
Bina rutin harian yang positif. Fokus untuk completekan rutin harian tanpa rushing2. Contoh… selama hidup sblm pkp takda masa nak mengaji, so waktu skrg focus completekan 1 juzuk 1 hari tanpa rasa berat nak lakukan. Alhamdulillah tahun ni sahaja 2x dah khatam quran. Ondway ke3
— Frankie Jr. (@Neorians) July 28, 2021
Explore YT diy sendiri macam fixing or cleaning laptop/desktop, aircon service sendiri just as long keep yourself busy with new things to explore. Btw since last PKP I learn from scratch and create my first Aquascaping deco dalam bilik. pic.twitter.com/LvSmMmI0uX
— izzuddinasyraf (@izzuddinasyraf) July 27, 2021
Berzikir.
— BaitiDz🇲🇾嵐👩🏻⚕️ Frontliner 💪🏻 (@BaitiDz) July 27, 2021
Mak pesan selawat 1000 kali atau lebih setiap hari. pic.twitter.com/tCWBs8h0uO
Apa pun, semoga kita semua akan terus kuat untuk menghadapi hari esok dan seterusnya.
Keep going, okay? 🙂
Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:
MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline: +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.