Serabut Asyik Overthink? Kaedah ‘Brain Dump’ Ini Boleh Bantu Tenangkan Anda
Dalam bahasa mudah, Brain Dump ini adalah proses pemindahan sebilangan maklumat daripada otak kita ke tempat lain yang boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti kemurungan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Masalah kesihatan mental bukanlah perkara asing lagi di Malaysia.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), statistik individu yang mendapatkan sokongan daripada Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) telah meningkat sebanyak lima kali ganda berbanding tahun 2020.
Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan tahun 2021 mencatatkan sebanyak 212,319 panggilan diterima oleh MHPSS berbanding pada tahun sebelumnya dengan 44,061 panggilan.
Dalam pada itu, kes bunuh diri juga menunjukkan kadar membimbangkan iaitu sebanyak 81% pada tahun 2021 dengan 1,142 kes berbanding 631 kes yang dilaporkan pada tahun 2020.
BACA JUGA: Bapa Campak 3 Anak Kecil Dari MRR2 Sebelum Bertindak Bunuh Diri
‘Brain Dump’ Boleh Bantu Anda Atasi Masalah Kesihatan Mental
Antara masalah kesihatan mental yang sering terjadi adalah seperti berfikir secara berlebihan (overthink), ketakutan yang melampau (anxiety), kemurungan (depression), dan juga kerap stres.
Peka dengan isu masalah kesihatan mental yang semakin membimbangkan, seorang pakar terapi berkongsi satu aktiviti di laman Facebook (Norzi Malek) yang berkemampuan untuk mengurangkan tekanan masalah kesihatan.
Aktiviti tersebut dikenali sebagai ‘Brain Dump‘.
Brain Dump ini merupakan kaedah yang digunakan bagi mengosongkan minda dan menguruskan pemikiran agar lebih teratur dan tenang.
Dalam bahasa mudah, Brain Dump ini adalah proses pemindahan sebilangan maklumat daripada otak kita ke tempat lain.
Selain itu, Brain Dump ini boleh membantu kita meningkatkan fokus para perkara-perkara penting dan mengatur masa dengan lebih berkualiti.
Macam Mana Nak Lakukan ‘Brain Dump’ Ini?
Mudah je. Barangan yang anda perlukan untuk melakukan aktiviti Brain Dump ini adalah sebatang pen atau pensil dan juga kertas.
Brain Dump ini akan dilakukan dengan menulis segala perkara yang mengganggu dan berlegar dalam fikiran anda. Contohnya:
- Perkara yang merisaukan
- Perkara yang kita kerap terlupa
- Perkara yang paling anda teringin untuk lakukannya
- Aktiviti yang boleh menaikkan semangat
- Peristiwa negatif yang mengganggu fikiran
- Peristiwa yang penting seperti kenduri, mesyuarat, hari jadi seseorang
- Impian yang ingin dicapai
- Perkara yang sering mengganggu fikiran
- Seseorang yang kerap buat anda terganggu
- Aktiviti yang perlu dilakukan segera
Banyak lagi perkara lain yang anda boleh tulis mengikut kreativiti dan juga kehendak masing-masing. Tulislah sebanyak mungkin yang anda mahu.
Kalau ada buku khas lagi bagus sebab boleh tulis banyak benda. Pada masa sama, anda pun boleh refleksi diri semula apabila membaca ‘diari’ Brain Dump ini.
Kekerapan aktiviti ini boleh dilakukan bergantung kepada kemahuan anda sendiri. Nak buat setiap hari boleh, atau nak buat setiap kali waktu stres pun boleh juga.
Percayalah, hidup anda akan lebih produktif dan tenang selepas membiasakan diri melakukan aktiviti Brain Dump ini.
Selamat mencuba!
BACA JUGA: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental
BACA JUGA: Skybi Tawar Perkhidmatan Kesihatan Mental Dalam Talian Secara Percuma
BACA JUGA: Netizen Mula Kongsi Tips Untuk Pastikan ‘Mental Health’ Kekal Stabil
Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:
- MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
- BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
- ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline: +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.