Now Reading
5 Keburukan Tidur Selepas Sahur Yang Bahaya Kepada Tubuh Anda

5 Keburukan Tidur Selepas Sahur Yang Bahaya Kepada Tubuh Anda

Tabiat tidur selepas bersahur boleh mengakibatkan berlakunya refluks asid di dalam perut anda.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bersahur ketika bulan Ramadan bukan sahaja penting untuk memberi tenaga ketika berpuasa, malah amalan ini juga sangat digalakkan kerana mempunyai keberkatan di sebaliknya.

Waktu sahur bermula daripada akhir malam sebelum waktu masuknya waktu solat subuh. Malah, sunnah untuk kita melewatkan waktu sahur sehingga hampir kepada waktu subuh sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit RA, beliau berkata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِينَ آيَةً

Maksudnya: “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangun untuk mendirikan solat, aku telah bertanya, berapa jarak antara keduanya? Maka baginda SAW bersabda: 50 ayat. Riwayat Muslim (1097), al-Nasaie (2155), dan Ibn Majah (1694).

50 ayat di dalam hadis ini bermaksud kadar tempoh bacaan ayat al-Quran tersebut lebih kurang persamaannya dengan kadar waktu antara imsak.


Kesan Buruk Jika Tidur Selepas Sahur

Sahur yang dilakukan di awal pagi membuatkan ramai mengantuk dan masih mamai. Walaupun berbaki kurang dari satu jam sebelum perlu bersiap untuk ke pejabat, tetap juga akan tidur sekejap.

Sebenarnya, boleh ke tidur selepas sahur ini? Apa kesannya dari segi kesihatan?

Tabiat tidur selepas sahur ini dilihat boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh badan anda. Antaranya:

1. Keburukan Tidur Selepas Sahur: Boleh Menambahkan Lemak Pada Badan

Sumber: Towfiqu Barbhuiya

Kajian mendapati bahawa mereka yang mempunyai sejarah keturunan badan agak gempal boleh meningkatkan risiko mengalami kegemukan sebanyak dua kali ganda sekiranya mengamalkan tabiat tidur selepas sahur.

Risiko tersebut lebih meningkat sekiranya hidangan diambil itu mempunyai kandungan lemak dan minyak yang banyak.

Seorang professor dari Southeast Missouri State University iaitu Jeremy Barnes menjelaskan bahawa kadar hormon Grehlin dalam badan seseorang akan meningkat jika anda terus tidur selepas makan.

Peningkatan kadar hormon berkenaan akan mengakibatkan seseorang berasa lebih lapar ketika bangun.

2. Keburukan Tidur Selepas Sahur: Peningkatan Asid Dalam Perut

Boleh Ke Tidur Lepas Sahur? Ini Apa Yang Akan Berlaku Kepada Tubuh Anda
Sumber: Ibnu Sina Wellness

Proses pencernaan makanan melibatkan pengeluaran asid perut untuk mencerna hidangan yang dimakan.

Tetapi apabila makanan tidak dicerna dengan baik kerana amalan tidur selepas makan, asid perut boleh menyebabkan keradangan pada dinding perut.

Antara simptom yang akan berlaku sekiranya anda mengalami masalah ini adalah sakit di kawasan ulu hati atau perut kiri bahagian atas dan berasa panas di dada.

3. Keburukan Tidur Selepas Sahur: Berlaku Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) Atau Refluks Asid Perut

Boleh Ke Tidur Lepas Sahur? Ini Apa Yang Akan Berlaku Kepada Tubuh Anda
Sumber: Gastroenterology Consultants of San Antonio

Refluks asid perut boleh berlaku kerana laluan antara perut dan kerongkong tidak tertutup sepenuhnya akibat pengaruh graviti atau perubahan posisi.

Malah posisi ketika anda baring atau tidur selepas sahur boleh mengakibatkan makanan yang belum habis dicerna akan berpatah balik dari bahagian perut ke kerongkong.

Mereka yang mengalami masalah GERD ini akan mengalami beberapa simptom seperti mual, sendawa pahit, panas di bahagian dada dan sakit kerongkong.

4. Keburukan Tidur Selepas Sahur: Saluran Pencernaan Terganggu

Boleh Ke Tidur Lepas Sahur? Ini Apa Yang Akan Berlaku Kepada Tubuh Anda
Sumber: Kompas

Posisi berbaring ketika tidur selepas bersahur boleh menganggu proses untuk mengosongkan perut dan mengakibatkan masalah seperti ciri-birit dan juga sembelit.

Masalah ini yang berlaku akibat gangguan saluran pencernaan turut berpunca daripada jenis pemakanan yang diambil. Jadi, elakkan makanan tinggi kandungan lemak, gula dan kafein ketika bersahur.

5. Keburukan Tidur Selepas Sahur: Strok

Sumber: Health Insure Savvy

Strok boleh terjadi kepada mereka yang tidur selepas bersahur akibat kandungan darah tidak mencukupi untuk diagihkan ke seluruh badan.

Apabila anda tidur, aliran arah akan bergerak ke otak mengikut keperluan. Tetapi jika pada masa yang sama perut anda juga sedang menjalankan proses untuk mencerna makanan, bekalan aliran darah akan terbahagi.

Ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta mengakibatkan masalah strok.


Bahaya ya tidur selepas sahur ini.

Seelok-eloknya tunggu sehingga dua jam, kemudian baru anda tidur. Dalam tempoh itu, berkemungkinan makanan yang diambil ketika bersahur sudah dihadam dan dicerna dengan baik.

Daripada anda tidur, lebih baik anda memanfaatkan waktu dengan melakukan amal ibadah seperti mengaji, melakukan solat sunat, membaca al-Quran dan sebagainya.

BACA JUGA: Nak Bangun Sahur Dengan Mudah? Ini Tips Penting Untuk Korang


Makanan Yang Elok Diambil Ketika Bersahur

Jenis pengambilan makanan ketika bersahur amat penting bagi memastikan tubuh badan kita mempunyai tenaga untuk menjalani kehidupan seharian dengan lancar.

Antara makanan yang bagus untuk diambil ketika bersahur adalah:

  • Buah kurma
  • Oat
  • Barli
  • Susu
  • Avokado
  • Kekacang
  • Beras perang
  • Sayur-sayuran
  • Ikan

BACA JUGA: Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas

BACA JUGA: Resepi Overnight Oats Yang Mudah Untuk Diamalkan Ketika Sahur. Boleh Kenyang Lama!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd