Now Reading
Resepi Overnight Oats Yang Mudah Untuk Diamalkan Ketika Sahur. Boleh Kenyang Lama!

Resepi Overnight Oats Yang Mudah Untuk Diamalkan Ketika Sahur. Boleh Kenyang Lama!

Resepi overnight oats yang telah diamalkan oleh wanita ini sejak tahun 2019 telah memberikannya tenaga tambahan agar tidak ‘lembik’ ketika berpuasa.

resepi overnight oats sahur

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ketika menjalani ibadah puasa, pastinya sahur tidak akan ditinggalkan.

Mana tidaknya, bermula daripada azan Subuh berkumandang, umat Islam tidak dibenarkan untuk makan atau minum sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Lama juga tu nak tahan.

Oleh disebabkan itu, kita digalakkan bersahur untuk membekalkan tenaga serta membantu seseorang itu menjalani hari-hari puasa dengan lebih mudah.

Lebih daripada itu, Nabi SAW turut memerintahkan agar tidak meninggalkan sahur. Perkara ini dapat diketahui melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Nabi SAW bersabda:

السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ ، فَلاَ تَدَعُوهُ ، وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ ، فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

Maksudnya:” Makan pada waktu sahur adalah satu keberkatan. Jangan pernah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan satu tegukan air. Sesungguhnya Allah SWT memberikan rahmat dan para malaikat pula mendoakan ke atas orang yang bersahur.” (Riwayat Imam Ahmad (11102) di dalam Musnadnya).


Resepi Overnight Oats Untuk Sahur

Nak bersahur, tapi tak tahu nak masak menu apa? Terutamanya buat mereka yang bujang dan tinggal bersendirian, pastinya anda menginginkan sesuatu yang simple dan cepat, bukan?

Seorang pengguna Twitter (@ezzahnor) telah berkongsi resepi overnight oats yang telah diamalkan olehnya sejak tahun 2019 di mana menu ini telah memberikannya tenaga lebih lama dan tidak lembik ketika berpuasa.

Malah, untuk mereka yang berbadan dua dan menyusu juga boleh amalkan.

1. Resepi Overnight Oats Sahur: Ceri & Blueberry.

  • Asas: oatmeal + peach yogurt + coconut milk (macam almond milk, bukan santan).
  • Buah-buahan: cherry & blueberry.
  • Topping: maple syrup.
  • Sprinkles: dried fruits & raisins

2. Resepi Overnight Oats Sahur: Pisang & Kismis.

  • Asas: oatmeal + fresh milk + raspberry greek yogurt.
  • Buah-buahan: banana slice.
  • Topping: honey.
  • Sprinkles: raisins.

3. Resepi Overnight Oats Sahur: Mix Berries OO.

  • Asas: oatmeal + fresh milk + passion fruit yogurt.
  • Buah-buahan: mix frozen berries.
  • Topping: maple syrup.

4. Resepi Overnight Oats Sahur: Blood Orange OO.

  • Asas: oatmeal + fresh milk + passion fruit yogurt.
  • Buah-buahan: blood orange.
  • Topping: maple syrup.
  • Sprinkles: dried cherry & berries.

5. Resepi Overnight Oats Sahur: Aprikot & Kacang OO.

  • Asas: oatmeal + fresh milk + raspberry greek yogurt.
  • Buah-buahan: dried apricots.
  • Topping: honey.
  • Sprinkles: dried fruits + nuts.

6. Resepi Overnight Oats Sahur: Ceri OO.

  • Asas: oatmeal + coconut milk + passion fruit yogurt.
  • Buah-buahan: cherry.
  • Sprinkles: kismis.

NOTA: Resepi di atas hanya sesuai untuk mereka yang tidak menghidap penyakit diabetes ya. Kalau nak kurus di bulan Ramadan ini, boleh kurangkan topping dan sprinkles mengikut citarasa masing-masing.

Untuk mengetahui bahan-bahan spesifik yang digunakan, boleh KLIK SINI.

BACA JUGA: 5 Amalan Untuk Maksimakan Pahala Di Bulan Ramadan

BACA JUGA: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan

BACA JUGA: Cara Solat Sunat Tarawih Di Rumah & Solat Sunat Witir Paling Ringkas Untuk Panduan Semua


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd