Nak Bangun Sahur Dengan Mudah? Ini Tips Penting Untuk Korang
Waktu yang tepat untuk bangun sahur adalah sepertiga malam menghampiri waktu solat Subuh.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sahur adalah salah satu amalan yang sangat digalakkan di dalam Islam ketika bulan Ramadan kerana memberi keberkatan kepada ibadah puasa yang dilakukan.
Mungkin ada sesetengah orang yang malas bangun awal pagi dan akan makan sebelum tidur sebagai ‘sahur’ mereka.
Kalau diikutkan, waktu yang tepat untuk bangun sahur adalah ketika sepertiga malam menghampiri waktu solat Subuh.
Selain ingin mendapatkan keberkatan dan juga ganjaran pahala, sahur juga dapat memberikan tenaga kepada anda untuk kekal cergas menjalani kehidupan seharian.
BACA JUGA: Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan. Paling Penting, Bangun Sahur!
Cara Untuk Mudah Bangun Sahur Ketika Bulan Ramadan
Tidak dinafikan, ada segelintir individu yang agak sukar untuk bangun sahur dan kadangkala terlepas bersahur kerana bangun lewat.
Jangan risau, jom kami bantu anda dengan memberi beberapa tips mudah supaya anda boleh bangun sahur setiap hari (terutamanya mereka yang bujang dan tinggal bersama rakan-rakan).
Antara tips tersebut adalah:
1. Tips Mudah Bangun Sahur: Tidur Awal
Perasan tak, kadangkala kita selalu tidur lambat kerana terlalu leka main telefon sambil ‘scroll’ media sosial sehingga tidak perasan sudah lewat malam.
Jadi kalau nak bangun sahur, pastikan anda mendapat tidur secukupnya supaya badan tidak berasa penat untuk bangun awal.
Tetapkan waktu tidur setiap hari dan simpan gajet di tempat yang agak jauh untuk dicapai. Kalau susah nak tidur sebab tak mengantuk, mungkin boleh cuba untuk ‘penatkan’ diri dengan melakukan beberapa aktiviti senaman ringan pada waktu siang.
2. Tips Mudah Bangun Sahur: Buat ‘Alarm’
Kalau anda jenis yang bangun tidur dan termenung dulu sambil mengeliat badan, bolehlah buat ‘alarm’ kira-kira satu jam sebelum azan Subuh berkumandang.
Billa bangun sahur awal, sempatlah nak gosok gigi dulu dan menyediakan juadah bersahur dalam keadaan tenang tanpa perlu kelam kabut.
Pada masa yang sama, jenis bunyi yang ditetapkan pada ‘alarm’ itu biarlah bunyi macam yang kuat dan buat anda terbangun. Letak ‘alarm’ lagu Hysteria oleh kumpulan Muse pun boleh juga, confirm terus terjaga.
3. Tips Mudah Bangun Sahur: Minta Tolong Orang Kejutkan
Ada sesetengah orang pula yang jenis ‘tidur mati’ dan memang susah untuk bangun dari tidur. Letak bunyi siren sebelah telinga pun belum tentu terjaga.
Jadi kalau anda jenis yang susah untuk terjaga dari tidur, boleh juga minta sesiapa sama ada ahli keluarga atau rakan-rakan untuk kejutkan bangun sahur.
Sekiranya anda risau tidak terjaga juga walaupun sudah dikejutkan, mungkin boleh minta mereka untuk tolong renjiskan air atau tutup kipas. Confirm terbeliak terus mata.
4. Tips Mudah Bangun Sahur: Jangan Makan Makanan Yang Terlalu Berat Sebelum Tidur
Setiap kali lepas berbuka, mesti ramai yang akan menjamu selera seperti tiada hari esok. Sehinggakan ada yang masih menikmati hidangan juadah agak berat seperti nasi dan roti sebelum tidur sebab takut ‘kempunan’ ketika berpuasa.
Tetapi amalan itu sebenarnya tidak bagus kerana akan membuatkan anda terlebih kenyang dan malas untuk bangun sahur. Tak salah nak makan , tetapi biarlah berpada-pada.
5. Tips Mudah Bangun Sahur: Sediakan Juadah Sahur Siap-siap Sebelum Tidur
Mungkin ada segelintir individu yang malas untuk menyediakan juadah bersahur ketika bangun di awal pagi. Jadi sebab itulah ada je sesetengah orang yang cuma sahur dengan minum air putih sahaja.
Untuk memudahkan urusan anda, juadah untuk bersahur boleh disediakan lebih awal iaitu sebelum tidur. Bila bangun sahur nanti tinggalkan panaskan je, lebih senang.
BACA JUGA: Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas
BACA JUGA: Bangun Sahur Dikira ‘Niat’ Puasa Ke? Ini Penjelasan Seorang Ustaz
Kebaikan Bersahur Di Bulan Ramadan
Sahur adalah amalan sunnah yang sangat dituntut di dalam Islam dan mempunyai keberkatan di sebaliknya seperti mana berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari (1923) dan Muslim (1095).
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Sahih Al Bukhari dan Muslim)
Selain itu, sahur itu mempunyai fungsi yang sama seperti sarapan kerana ia adalah hidangan pertama yang diambil selepas bangun tidur.
Jadi sebab itulah pentingnya untuk kita mengambil menu yang berkhasiat ketika sahur bagi memastikan sumber tenaga kita berkekalan sepanjang hari untuk meneruskan ibadah berpuasa.
Tips Berpuasa Untuk Penghidap Masalah Gastrik
Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik, amalan berpuasa iaitu tidak makan dari pagi sehingga petang membuatkan segelintir individu agak risau. Boleh tahan ke?
Kepada anda yang menghidap masalah gastrik, berikut adalah tips yang mungkin boleh membantu anda sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Antaranya:
- Minum air rendaman kurma ketika sahur.
- Jangan makan hidangan yang terlalu pedas dan berminyak.
- Jangan baring selepas sahur.
- Jangan terlebih makan ketika sahur.
- Melatih diri dengan berpuasa sunat sebelum Ramadan.
BACA JUGA: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.