Now Reading
KK Supermart Saman Syarikat Pengedar Stoking Kalimah Allah, Didakwa Langgar Kontrak & Sabotaj

KK Supermart Saman Syarikat Pengedar Stoking Kalimah Allah, Didakwa Langgar Kontrak & Sabotaj

Peguam KK Supermart David Gurupatham berkata tuntutan saman sebanyak RM10.5 juta adalah disebabkan Xin Jian Chang Sdn. Bhd. didakwa menjatuhkan nama baik kedai serbaneka itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, kes stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Supermart telah mendapat perhatian ramai khususnya umat beragama Islam di negara ini.

Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, beliau menyifatkan perkara tersebut terkelas dalam 3R (agama, raja dan kaum).

Susulan insiden terbabit, KK Supermart telah dikritik serta diboikot keras oleh kebanyakan pihak pada ketika ini.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Stoking Kalimah Allah: Zahid Hamidi Minta Pasar Raya Jadikan Iktibar


KK Supermart Saman Xin Jian Chang Sdn. Bhd & Pengarahnya

Terkini, KK Supermart dan Superstore Sdn. Bhd (KK Supermart) dilaporkan telah memfailkan tuntutan saman terhadap kilang pengedar stoking dengan kalimah Allah dan pengarahnya atas dakwaan melanggar kontrak, kelakuan sabotaj serta kecuaian dalam membekalkan stoking berkenaan.

Saman tersebut difailkan kedai serbaneka itu selaku plaintif menerusi firma guaman, Tetuan David Gurupatham & Koay di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam (25 Mac).

Plaintif menamakan Xin Jian Chang Sdn. Bhd. (syarikat pembekal stoking) dan pengarahnya, Soh Chin Huat sebagai defendan.

Sumber: Kosmo

Menurut peguam kepada KK Supermart Datuk David Gurupatham, tuntutan saman sebanyak RM10.5 juta dikemukakan kerana tertuduh telah menjatuhkan nama baik jenama tersebut.

Manakala RM20.3 juta disebabkan pembatalan cadangan penyenaraian IPO di Bursa Malaysia selain ganti rugi dan teladan serta kos lain.

Mereka diarahkan untuk membayar ganti rugi dan kami ingin elakkan kerugian lebih besar oleh perniagaan yang tidak sah. Dalam tuntutan sama, KK Supermart juga mahu mahkamah menilai kerugian sebenar keuntungan daripada purata pendapatan perniagaan sebanyak RM1.5 juta seminggu.

David Gurupatham.

Xin Jian Chang Didakwa Sengaja Jual Stoking Kalimah Allah Tanpa Izin

Menerusi tuntutan difailkan KK Supermart pada 1 Disember 2021 lalu, kedai serbaneka terbabit dan kedua-dua defendan telah memeterai perjanjian pembekalan barangan ke semua kedai plaintif.

Pada 5 Februari 2024 pula, defendan memohon untuk membekalkan stoking tangan (arm cover) yang kemudiannya dipersetujui oleh KK Supermart.

Jelas KK Supermart, Xin Jian Chang Sdn Bhd didakwa memberikan keterangan bertulis mengenai penutup lengan berserta kod, namun dikatakan tidak pernah mendapat keizinan untuk penjualan stoking yang tertera kalimah Allah berkenaan.

Syarikat terbabit dikatakan sengaja meletakkan stoking tersebut pada rak tanpa pengetahuan sesiapa dan premis berkenaan hanya mempunyai seorang pekerja ketika itu sehinggakan tidak sempat memeriksa barangan. Mereka telah bertindak lalai dan melanggar kontrak hingga menyebabkan kerugian kepada KK Supermart.

David Gurupatham.

KK Supermart, Supperstone & Syarikat Pembekal Stoking Didakwa Hari Ini

Hari ini (26 Mac), KK Supermart dan Supperstone Sdn Bhd serta pengarah syarikat terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung kes penjualan stoking kalimah Allah.

Menurut Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan berkata pendakwaan adalah di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana telah sengaja berniat melukakan perasaan agama orang Islam iaitu dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran.

Dalam pada itu, Xin Jian Chang Sdn Bhd dan pengarah mereka juga akan dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana telah bersubahat sebagai pembekal stoking bercetak kalimah Allah kepada KK Supermart dan Superstore.

Baca Artikel Berkaitan: KK Super Mart Mohon Maaf Isu Jual Stokin Kalimah Allah Di Cawangan Bandar Sunway

Baca Artikel Berkaitan: Agong Murka Dengan Isu Stoking Tertera Kalimah Allah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd