Now Reading
Agong Murka Dengan Isu Stoking Tertera Kalimah Allah

Agong Murka Dengan Isu Stoking Tertera Kalimah Allah

Sultan Ibrahim bertitah agar tindakan sekeras-kerasnya dikenakan ke atas pihak yang didapati bersalah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Super Mart yang timbul sejak minggu lepas mendapat perhatian banyak pihak termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Agama Dr Mohd Na’im, Ustaz Azhar Idrus dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Terkini, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.

Menerusi titah Seri Paduka Baginda pada bulan lalu sewaktu berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Baginda telah mengingatkan agar masyarakat menjaga keharmonian negara dan tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama, kaum dan Raja.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kalimah Allah Di Stoking Bukan Perkara Remeh, Harap Jadi Pengajaran Buat Semua – Menteri Agama

Baca Artikel Berkaitan: “Mu Siapa Nak Jadi Wakil Maafkan Dia?” – Peniaga Jual Stoking Kalimah Allah Patut Dihukum, Kata UAI [Video]


“Tidak Patut Timbul Perkara Yang Membangkitkan Kemarahan” – YDPA Sultan Ibrahim

Sehubungan dengan itu, Baginda bertitah agar pihak yang didapati bersalah setelah siasatan pihak berkuasa dijalankan akan dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan. Saya baru sahaja menegur dan mengingatkan akan kepentingan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain dalam titah sulung saya di Parlimen, timbul pula perkara ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

YDPA Tegas Tindakan Diambil Tidak Kira Dilakukan Secara Sengaja Atau Tak

Titah baginda lagi, tindakan tegas diambil ke atas pihak terlibat tidak kira sama ada produk tersebut diimport atau dihasilkan secara tempatan, dan dibuat secara sengaja mahupun tidak.

“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguat kuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali,” titah Seri Paduka Baginda.


Syarikat Tak Peka Dengan Isu Sensitif

Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ketidakpekaan sebuah syarikat tempatan dengan kakitangan terdiri daripada warganegara Malaysia mengenai isu terbabit adalah tidak masuk akal.

Sudah sekian lama kita hidup dalam sebuah negara majmuk. Kesilapan isu agama dan kaum sebegini tidak boleh diterima dan dibenarkan untuk berlaku lagi.

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

TMJ Harap Isu Tak Menggugat Keharmonian Negara

Tunku Mahkota Johor sebelum ini telah membuat satu hantaran di laman X berkenaan isu tersebut.

Baginda turut menggesa tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa supaya isu sedemikian tidak berulang lagi.

Baginda memandang ia sebagai isu yang serius dan tidak sepatutnya dipandang remeh, selain berharap agar ia tidak menggugat keharmonian negara.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kalimah Allah Pada Stoking, TMJ Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas


Pembina Kemuka 3 Tuntutan Kepada Pihak Pengurusan Kilang

Dalam masa sama, Pertubuhan Pembina Malaysia (Pembina) telah mengadakan satu demonstrasi aman terhadap sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat.

Persatuan tersebut mengemukakan tiga tuntutan terhadap pihak pengurusan kilang terbabit:

  1. Permohonan maaf menerusi sepanduk di hadapan premis selama satu bulan
  2. Membuat kerja-kerja kebajikan
  3. Menyalurkan sumbangan atau bantuan kepada badan amal atau tempat yang memerlukannya di sekitar Batu Pahat

Jurucakap Pembina, Azhar Ismail, berkata pihaknya turut membuat tuntutan agar satu rakaman video permohonan maaf dibuat secara terbuka di media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Jual Stoking Ada Kalimah Allah, KDN Siasat Vendor KK Mart

Baca Artikel Berkaitan: KK Super Mart Mohon Maaf Isu Jual Stokin Kalimah Allah Di Cawangan Bandar Sunway


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd