Now Reading
KK Super Mart Mohon Maaf Isu Jual Stokin Kalimah Allah Di Cawangan Bandar Sunway

KK Super Mart Mohon Maaf Isu Jual Stokin Kalimah Allah Di Cawangan Bandar Sunway

Pihak KK Super Mart telah mengambil tindakan serta merta dengan memberhentikan penjualan stokin kalimah Allah tersebut di premis mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalimah Allah SWT adalah kalimah suci bagi umat Islam yang merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan tidak boleh dipermainkan atau digunakan sewenang-wenangnya.

Menurut pendakwah bebas dikenali sebagai PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegaskan bahawa kalimah Allah SWT tidak boleh dicetak sesuka hati apatah lagi digayakan pada pakaian yang tidak senonoh.

Baca Artikel Berkaitan: Letak Kalimah Allah Pada Kain Hitam Baluti Tubuh Perempuan, FINAS Arah Tukar Poster Filem Sijjin

Baca Artikel Berkaitan: Tertera Kalimah ‘Allah’ Pada Botol Kicap. Ini Perkara Perlu Dilakukan Sebelum Buang

Namun baru-baru ini, tular satu isu yang berlaku di Bandar Sunway melibatkan percetakan kalimah suci Allah SWT pada jualan pakaian.


Kedai Serbaneka Di Sunway Didakwa Jual Stokin Dengan Kalimah Allah

Menerusi hantaran dimuat naik oleh Firdaus Wong Wai Hung di laman Facebook miliknya, pendakwah bebas ini menunjukkan gambar sepasang stokin yang dijual di kedai serbaneka dipercayai di Bandar Sunway.

Apa yang mencetuskan kontroversi ialah stokin tersebut dicetak dengan tulisan kalimah Allah. Bukan setakat kalimah Allah tidak sesuai dicetak, malah stokin diketahui hanya untuk penggunaan di bahagian kaki.

Difahamkan sepasang stokin berkenaan dikeluarkan oleh syarikat MiranoSock dan dijual dengan harga RM6.99.

Susulan perkara yang berlaku, Firdaus meminta agar pihak berkuasa segera membuat siasatan mengenai perkara yang berlaku.

Bagaimana stokin yang tertulis ‘Allah’ ini boleh dijual di sebuah kedai serbaneka di Sunway? Terlepas pandang atau kurang sensitif?

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.

Netizen Bengang Lihat Penjualan Stokin Itu Di Kedai Serbaneka Terkenal

Hantaran yang dimuat naik di laman Facebook itu telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana bengang melihat penjualan stokin dengan kalimah Allah itu.

Kebanyakan netizen menganggap tindakan itu adalah satu perbuatan yang kurang ajar kerana tidak menghormati agama Islam.

“Astaghfirullahalzim terang dan jelas penghinaan terhadap Islam, sabar, apa lagi yang cuba mereka cabar,” ujar netizen.

Malah, ada juga netizen yang berpendapat tindakan ini sengaja dilakukan bagi mencemarkan kesucian agama Islam.

“Saya yakin perkara ini sengaja dibuat sebab mereka tahu dengan meminta maaf je perkara ni boleh selesai. Lepas ni akan ada lagi perkara yang sama,” kata netizen.

Sumber: Facebook

KK Super Mart Tampil Mohon Maaf

Selepas tular isu mengenai kalimah Allah pada stokin di kedai serbaneka, pihak KK Super Mart tampil meminta maaf kepada semua pelanggan khususnya umat Islam atas penjualan produk tersebut di cawangan Bandar Sunway.

Menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook, pihak mereka kesal dengan perkara yang berlaku dan memandang serius terhadap isu ini.

Tindakan serta merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stokin tersebut. Untuk makluman, produk ini adalah produk ‘consignment’ daripada pihak vendor. Kami juga sudah berhubung dengan pihak vendor untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

KK Super Mart.

Dalam pada itu, KK Super Mart mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan masyarakat kerana memberi teguran melibatkan masalah ini dan akan memastikan perkara sama tidak berulang kembali.


Pihak Vendor Juga Buat Permohonan Maaf

Pada masa yang sama, syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd iaitu vendor pembekal kepada produk stokin jenama MiranoSock itu juga tampil membuat permohonan maaf.

Pihak mereka mengakui kesilapan yang berlaku kerana tidak menyemak dengan teliti produk yang diambil dari China itu.

Pihak kami amat kesal dengan perkara ini dan mengakui akan kesilapan kami tidak membuat pemeriksaan dengan teliti berkenaan produk yang diambil dari China ini. Kami memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam khususnya kepada syarikat KK Super Mart dan Superstore Sdn Bhd amnya.

Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd

Pihak syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd turut menyatakan bahawa mereka akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd