Tertera Kalimah ‘Allah’ Pada Botol Kicap. Ini Perkara Perlu Dilakukan Sebelum Buang
Buat sesiapa yang baru tahu, boleh sampaikan kepada ahli keluarga serta rakan-rakan. Supaya kita semua tak tersalah langkah. 🙂
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Produk kicap Habhal’s atau lebih dikenali dengan jenama kicap Cap Kipas Udang ini sememangnya terkenal.
Jika ingin membeli kicap, rata-rata orang ramai pasti akan memilih kicap jenama ini.
Mana tidaknya, makan dengan nasi kosong berlaukkan telur goreng pun sedap.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna Facebook – Abdul Rahman Mohamed telah tampil untuk mengulas isu di mana ada kalimah ‘Allah’ yang tertera pada botol kicap yang dikeluarkan oleh keluarganya sendiri iaitu Datuk Haji Ahmad Bin Haji Abdul Lathief.
Perkongsian tersebut telah dimuat naik melalui satu posting pada (20 Jun) dan telah berjaya meraih lebih 5.4 ribu shares setakat artikel ini ditulis.
Menurutnya, nama عبد الطيف terbentuk dari dua kalimah Abdu dan Al Lathief, اللطيف adalah nama Allah SWT yang telah digabungkan dengan lafaz Hamba.
“Nama Al Lathief jika ditulis dalam tulisan selain Arab maka tidak tertakluk pada hukum memuliakan kalimah-kalimah yang baik, namun apabila ditulis dalam text Arab ia merupakan nama Allah yang wajib dimuliakan dan tidak diletakkan ditempat-tempat yg tidak baik seperti di tandas dan tong sampah,” jelasnya lagi.

Cara membuang botol seperti ini
Oleh itu, beliau turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk koyak bahagian yang tertera kalimat Allah terlebih dahulu sebelum membuang botol kicap ini.
Meskipun perkara ini masih ada argumennya, dinasihatkan apabila anda mahu mencampakkan botol-botol yang ada tertera nama agung Allah SWT ke dalam tong sampah, dikoyakkan bahgian yang ada nama Allah اللطيف tersebut untuk mengelakkan dari hukum tidak memuliakan nama Allah SWT.
Abdul Rahman Mohamed, melalui kenyataan yang dikeluarkan di Facebook miliknya.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



