Now Reading
Isu Stoking Kalimah Allah: Zahid Hamidi Minta Pasar Raya Jadikan Iktibar

Isu Stoking Kalimah Allah: Zahid Hamidi Minta Pasar Raya Jadikan Iktibar

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata dia tidak mahu pihak berkepentingan memandang ringan isu kalimah Allah pada stoking.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, kecoh tentang isu terdapat stoking yang tertera kalimah Allah dijual di kedai serbaneka KK Super Mart, Bandar Sunway.

Perkara yang dikatakan seolah-olah menghina agama Islam itu telah dikritik oleh orang ramai di mana anda boleh lihat ramai di kalangan netizen meluahkan rasa berang.

Walaupun pihak terlibat sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan yang dilakukan, namun perkara tersebut masih tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat kerana ramai berpendapat isu sedemikian adalah serius.

Baca Artikel Berkaitan: KK Super Mart Mohon Maaf Isu Jual Stokin Kalimah Allah Di Cawangan Bandar Sunway


Pasaraya Perlu Jadikan Isu Kalimah Allah Di Stoking Sebagai Pengajaran

Memetik Berita Harian, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang melakukan siasatan selepas menerima 36 laporan daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan penjualan stoking dengan kalimah Allah tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan kepada semua pasar raya di Malaysia untuk mengambil iktibar terhadap perkara berkenaan.

Jelasnya, dia tidak mahu mana-mana pihak berkepentingan mengambil kesempatan selain memandang ringan isu itu walaupun pihak KK Mart telahpun membuat permohonan maaf kepada khalayak ramai sebelum ini.

Sumber: KK Super Mart/ MalayMail

Ini bukan hanya masalah agama atau kaum. Ini adalah masalah yang pada hemat saya harus segera selesaikan. Permohonan maaf telah dibuat dan saya saya yakin bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi dan mereka (KK Mart) tentunya akan lebih berhati-hati.

Zahid Hamidi.

Harap Isu Libatkan Agama Ini Selesai Dengan Segera

Sementara itu, Zahid Hamidi turut menegaskan bahawa isu yang menimbulkan kontroversi mengenai agama dan perkauman perlu diselesaikan dengan kadar segera agar ia tidak disalah tafsir dan ‘ditunggang’ oleh mana-mana pihak.

“Kita harap pandangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dijadikan sebagai asas atas tindakan-tindakan akan dilakukan selanjutnya.

“Saya mendapat respons dari rakan dan parti-parti politik. Saya merasakan bahawa masalah ini terkelas dalam 3R (agama, raja dan kaum). Isu-isu ini jangan dipandang ringan, walaupun pihak KK Mart telah memohon maaf dan kita minta agar Ketua Pemuda UMNO menyantuni perkara ini,” tambahnya lagi.


YDPA Murka Dengan Isu Stoking Tertera

Semalam (19 Mac), Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Menerusi titah Seri Paduka Baginda pada bulan lalu sewaktu berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Baginda telah mengingatkan agar masyarakat menjaga keharmonian negara dan tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama, kaum dan Raja.

Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan. Saya baru sahaja menegur dan mengingatkan akan kepentingan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain dalam titah sulung saya di Parlimen, timbul pula perkara ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Baca Artikel Berkaitan: Agong Murka Dengan Isu Stoking Tertera Kalimah Allah


TMJ Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas

Tunku Mahkota Johor sebelum ini turut membuat satu hantaran di laman X mengenai isu hangat tersebut.

Jelas baginda kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi,” titah Tunku Mahkota Johor.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kalimah Allah Pada Stoking, TMJ Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd