Now Reading
[Video] Dihempap Papan Iklan Ketika Tunggang Motosikal, Wanita Di Pahang Patah Tulang Belikat

[Video] Dihempap Papan Iklan Ketika Tunggang Motosikal, Wanita Di Pahang Patah Tulang Belikat

Papan iklan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Jalan Jerantut-Maran di Pahang itu dipercayai tercabut akibat cuaca berangin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam dunia ini, tiada siapa yang mahu ditimpa kemalangan atau nasib malang. Selagi boleh dielakkan, pasti ia akan cuba dijauhkan kerana bimbang boleh memberikan kesan buruk kepada diri sendiri.

Sebagai contoh seperti kemalangan jalan raya. Antara punca insiden ini kadangkala disebabkan oleh sikap cuai pemandu lain atau struktur jalan yang mengalami kerosakan.

Walaupun sudah memandu dalam keadaan berhati-hati, namun masih ada perkara yang membuatkan seseorang tetap terlibat dalam insiden kemalangan.

Baca Artikel Berkaitan: Rider Melambung Setinggi Tiang Lampu Lepas Dirempuh Kereta Di Johor

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Singapura Didakwa Jadi Punca 2 Penunggang Motosikal Terlibat Kemalangan

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Hilang Kawalan & Tersungkur Atas Jalan Raya Lepas Motosikal Lalu Di Garisan Putih


Wanita Cedera Dihempap Papan Iklan Di Jalan Raya

Semalam (3 Mac), satu kejadian tidak diingini telah berlaku kepada seorang wanita semasa sedang menunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran Jalan Jerantut-Maran di Pahang.

Menerusi video dimuat naik semula di laman YouTube Buletin TV3, satu rakaman dari kamera dashcam telah tular di media sosial yang menunjukkan situasi ketika wanita berkenaan dihempap sebuah papan iklan.

Papan iklan berkenaan dilihat telah tercabut dan melayang dipercayai akibat cuaca yang sedang berangin pada ketika itu.

Mangsa kemudiannya terjatuh di atas jalan raya dan tidak bergerak semasa dilihat di dalam video terbabit.

Sumber: X (@redzuanNewsMPB)

Mangsa Patah Tulang Belikat Selepas Dihempap Papan Iklan

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azman Mat Kamis memaklumkan mangsa merupakan seorang pekerja Alam Flora bernama G Muniammah berusia 57 tahun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Azman berkata kejadian itu berlaku ketika cuaca hujan lebat dan angin kencang.

Ketika kejadian, berlaku hujan lebat dan angin kencang di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azman Mat Kamis.

Susulan kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian dahi serta mata dan telah dihantar ke Hospital Jerantut bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Mangsa yang mengalami patah tulang belikat akibat kemalangan yang berlaku kini dilaporkan sudah stabil.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd