Now Reading
Siapa Sebenarnya Raghad Kurdi, Isteri Kedua Bekas Gabenor Sarawak Taib Mahmud Ini?

Siapa Sebenarnya Raghad Kurdi, Isteri Kedua Bekas Gabenor Sarawak Taib Mahmud Ini?

Sarawak Report baru-baru ini mendakwa bahawa Raghad Kurdi telah membawa Taib Mahmud keluar dari hospital.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, telah menjadi Gabenor Sarawak sejak 2014 tetapi sudah meletakkan jawatan beliau pada 20 Januari 2024 atas faktor kesihatan. Taib Mahmud dipercayai mengalami jangkitan otak di bahagian kepala yang berisiko mengundang maut.

Susulan itu, bekas presiden Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudian mengambil alih jawatan beliau selaku Gabenor Sarawak ke-8.

Baca Artikel Berkaitan: Wan Junaidi Resigns As Dewan Negara President To Assume Role As New Sarawak Governor


Isteri Kedua Didakwa Bawa Keluar Taib Mahmud Dari Hospital

Taib Mahmud terkenal sebagai seorang yang sangat mewah dengan kekayaan. Dalam masa sama, beliau juga digelar Raja Kayu negeri kerana penglibatan beliau menerusi industri pembalakan Sarawak.

Namun baru-baru ini, timbul pula khabar angin mengenai situasi rumah tangga Taib Mahmud.

Sumber: Sarawak Report

Menurut laporan Sarawak Report, kesihatan Taib kini semakin merosot. Bagaimanapun, isteri kedua beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, 43, didakwa telah mengeluarkan bekas Gabenor Sarawak itu dari unit rawatan rapi (ICU) Normah Medical Specialist Centre, Kuching.

Dalam pada itu, Raghad juga didakwa tidak rapat dan terasing daripada semua keluarga terdekat Taib.

Sumber: Facebook Mohd Hafidz Ras

Pihak Polis Terima Laporan Mengenai Taib Mahmud ‘Diculik’ Ahli Keluarga

Tambah Sarawak Report, mereka mendakwa insiden tersebut berlaku pada hujung minggu lalu. Pihak mereka bagaimanapun tidak menyertakan salinan laporan polis di dalam artikel diterbitkan.

Namun begitu, salinan laporan polis berkenaan telah tular di platform media sosial. Walaupun tarikh dalam teks laporan ialah 3/2/2023, tetapi tarikh difailkan adalah 04/02/2024. Tahun 2023 yang tertera pada laporan dipercayai atas faktor kesilapan taip.

Sumber: Facebook Mohd Hafidz Ras

Terbaharu, Malaysiakini berkata pihak polis mengesahkan sudah menerima laporan mengenai Taib Mahmud yang telah ‘diculik’ oleh ahli keluarga.

Walau bagaimanapun, semalam (5 Februari), Raghad menerusi hantaran Instagram Story di akaun miliknya, menafikan dakwaan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Raghad Nafi Bawa Lari Taib Mahmud Dari Hospital

Pesuruhjaya Polis Sarawak Mancha Ata dalam satu kenyataan berkata, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.


Tular Foto Raghad Bungkus Barangan Dalam Kediaman

Menerusi foto yang tular, Raghad didakwa tergesa-gesa berkemas untuk keluar dari kediamannya di Demak Jaya. Dalam gambar yang sama, kelihatan banyak bungkusan kotak tersusun di dalam sebuah bilik. Namun, tidak dapat dipastikan waktu gambar-gambar tersebut diambil.

Untuk makluman, kediaman di Demak Jaya itu diwasiatkan kepada anak perempuan kedua, Taib Hanifah sekiranya Taib Mahmud meninggal dunia.

Sumber: Sarawak Report via WhatsApp.

Siapa Raghad Kurdi Taib?

Raghad Kurdi Taib dilahirkan di tanah Syria. Dia berkahwin dengan Taib Mahmud ketika usia 29 tahun pada 2010 selepas isteri pertama, Laila meninggal dunia akibat kanser.

Untuk info, perkahwinan Raghad telah diatur oleh bapa saudaranya, Robert Geneid di mana isterinya adalah Taib Raziah, adik kepada Taib Mahmud.

Selepas enam tahun berkahwin dengan Taib, bekas pramugari itu didakwa memperoleh kad pengenalan Malaysia (IC), tanah hak milik anak negeri dan hak mengundi. Dua anak Raghad juga diberikan kewarganegaraan Malaysia pada Jun 2023.

Sumber: Instagram (@raghadtaib)

Perkara tersebut menimbulkan kekecohan kerana ramai anak negeri Sarawak mengalami kesukaran bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia.

Mengulas lanjut, satu siasatan dijalankan berhubung kewarganegaraan pantas dimiliki Raghad. Menurut Free Malaysia Today, Astana Negara membuat laporan polis terhadap sesiapa yang mempersoalkan status anak negeri Raghad.

Pada ketika ini, Raghad sedang berdepan dengan saman difailkan oleh anak tiri mengenai saham syarikat besar yang dipindahkan ke atas namanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd