Now Reading
3 Wanita Dari Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024. Tahniah!

3 Wanita Dari Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024. Tahniah!

Senarai Forbes 50 Over 50: Asia 2024 telah menampilkan kejayaan yang diperolehi oleh 50 orang wanita dari 14 buah negara di Asia Pasifik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada zaman ini, golongan wanita juga tidak kurang hebatnya dalam menempah kejayaan dalam sesuatu bidang yang diceburi.

Jika anda lihat, sudah ramai wanita Malaysia yang berjaya lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan dan bidang-bidang lain seperti Datin Vivy Yusof, Neelofa, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Michelle Yeoh, Datuk Prof Dr Adeeba Kamarulzaman dan ramai lagi.

Kejayaan mereka sememangnya menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana untuk turut bercita-cita menjadi orang yang berjaya.


Tiga Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024

Terbaharu, satu lagi kejayaan yang membanggakan telah dikecapi untuk tahun 2024 apabila tiga orang wanita Malaysia telah tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024.

Senarai tersebut menampilkan 50 orang wanita dari 14 buah negara di Asia Pasifik dan kejayaan ini membuktikan bahawa wanita berusia 50 tahun dan ke atas masih mampu untuk mengukir kejayaan dalam pelbagai bidang merangkumi fesyen, farmasi, kewangan dan sebagainya.

Tiga wanita dari Malaysia yang turut tersenarai adalah:

#1. Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria
Sumber: YouTube Stewardship Asia Centre

Pengarah Eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang berusia 65 tahun ini telah memegang jawatan tersebut di APEC sejak tahun 2019 serta menjadi wanita pertama mengetuai organisasi berkenaan.

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua setiausaha, setiausaha agung dan perunding perdagangan utama untuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Selain itu, Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria telah mewakili rantau Asia Pasifik dalam Forum Ekonomi Dunia serta menjadi pengarah bukan eksekutif di sebuah bank.

#2. Ambiga Sreenevasan
Sumber: MalayMail

Peguam dan aktivis hak asasi manusia bernama Ambiga Sreenevasan berusia 66 tahun itu mula dikenali pada 2007 sebagai Presiden Badan Peguam Malaysia dan pernah mengetuai perarakan bersama 2,000 peguam menyeru reformasi kehakiman.

Peguam terkemuka Malaysia yang berusia 67 tahun ini merupakan pelajar lulusan ijazah undang-undang dari Universiti Exeter, United Kingdom.

Sreenevasan pertama kali memulakan kerjayanya sebagai peguam di England pada 1980 dan diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia dua tahun kemudiannya.

Pada tahun 2011, beliau menghidupkan gerakan Bersih yang menyeru kepada reformasi pilihan raya. Dia juga seorang peguam bela yang teguh mempertahankan hak wanita Malaysia.

Sreenevasan kini berkhidmat di sebagai presiden di sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan golongan kurang berkemampuan yang diberi nama Pure Life Society.

Beliau sebelum ini juga telah tersenarai dalam Forbes 50 Over 50 : Asia Pasifik pada tahun 2023.

#3. Tunku Mona Riza Tunku Khalid
Sumber: Tatler Asia

Pengasas Current Pictures Tunku Mona Riza Tunku Khalid telah memenangi anugerah ‘Most Promising Director’ di Festival Filem Malaysia 2017 menerusi karyanya berjudul ‘Redha’ dan turut tercalon dalam Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89.

Filem tersebut diinspirasikan dari kisah benar yang menggambarkan cabaran untuk membesarkan kanak-kanak autisme.

Pada tahun lalu, beliau juga telah menerbitkan sebuah filem berbahasa Cina bertajuk ‘Rain Town’.

Sumber: Facebook

Difahamkan beliau adalah pengarah wanita Melayu pertama di Malaysia yang mengarahkan filem berbahasa Cina.

Baca Artikel Berkaitan: Local Malay Director Receives Recognition Internationally For Cantonese Film

Senarai lengkap Forbes 50 Over 50: Asia 2024 boleh dilihat [DI SINI].


Antara Wanita Malaysia Yang Tersenarai Dalam Kategori Sama Pada Tahun Lalu

Pada tahun 2023, empat orang wanita dari Malaysia turut tersenarai dalam kategori sama iaitu Forbes 50 Over 50: Asia bagi menonjolkan wanita di rantau Asia Pasifik yang telah berjaya mencipta kejayaan baharu dalam industri mereka dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

Berikut adalah empat wanita tersebut:

  1. Beh Gaik Lean (Cef)
  2. Prof Dr Asma Ismail (Ahli akademik)
  3. Karina Robles Bahrin (Penulis)
  4. Ambiga Sreenevasan (Peguam dan peguambela hak asasi manusia)

Kejayaan mereka ini membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu terus mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Bak kata pepatah, ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

Baca Artikel Berkaitan: 4 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia Pasifik 2023

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Malaysia Antara Yang Tersenarai Dalam CEO Cemerlang Asia Pasifik Oleh Forbes

Baca Artikel Berkaitan: 2 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia 2022. Tahniah!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd