Now Reading
4 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia Pasifik 2023

4 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia Pasifik 2023

Empat orang wanita Malaysia yang tersenarai dalam anugerah Forbes 50 Over 50 : Asia Pasifik bagi tahun 2023 ini terlibat dalam bidang masakan, akademik, penulisan dan guaman.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, Forbes mengeluarkan senarai bagi tahun 2023 untuk anugerah ’50 Over 50 Asia Pasifik’ bagi menonjolkan wanita di rantau ini yang telah berjaya mencipta kejayaan baharu dalam industri mereka dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

Senarai yang meraikan pencapaian wanita berkerjaya dalam pelbagai bidang seperti teknologi, farmaseutikal, seni, dan politik ini membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai tanpa mengira umur.

Pada tahun ini, empat orang wanita dari Malaysia telah berjaya sehingga tersenarai dalam anugerah tersebut.

Jom baca perkongsian di bawah untuk mengetahui siapakah empat orang wanita tersebut dan pencapaian yang diperolehi.

1. Beh Gaik Lean (Chef)

Sumber:  Opalyn Mok/Malay Mail

Beh Gaik Lean berusia 69 tahun merupakan seorang cef yang pernah dianugerahkan Bintang Michelin untuk restoran Baba Nyonya miliknya iaitu Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery di Pulau Pinang pada tahun 2022. Dia juga adalah antara cef pertama di Malaysia yang menerima penghormatan tersebut.

Sebagai Nyonya generasi keempat, dia mula memasak masakan Peranakan pada usia 12 tahun. Ketika berusia 20 tahun, dia sudah bekerja sebagai in-house chef di kantin Motorola sebelum memulakan syarikat katering sendiri dengan membekalkan makanan kepada syarikat multinasional.

Beliau memperkemaskan lagi kemahirannya di bawah bimbingan Datuk Lim Bian Yam yang merupakan seorang Master Chef.

2. Prof Dr Asma Ismail (Ahli Akademik)

4 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia Pasifik 2023
Sumber: UTM

Prof Dr Asma Ismai berusia 64 tahun adalah salah seorang ahli akademik tertinggi Malaysia dan mempunyai berpuluh-puluh kertas serta paten dalam bidang mikrobiologi.

Pada Mac 2022, beliau telah dianugerahkan Sasterawan Akademik Kebangsaan negara. dan pernah berkhidmat sebagai naib canselor wanita pertama Universiti Sains Malaysia dari tahun 2016 hingga 2019.

Selama bertahun-tahun, beliau telah memegang beberapa jawatan akademik berprestij seperti pengerusi pengawal selia pendidikan Agensi Kelayakan Malaysia dan penasihat saintifik COP15.

Salah satu inovasi beliau yang paling mendapat perhatian adalah ujian diagnostik pantas kepialu TYPHIDOT yang digunakan di seluruh dunia.

3. Karina Robles Bahrin (Penulis)

4-Wanita-Malaysia-Tersenarai-Dalam-Forbes-50-Over-50-_-Asia-Pasifik-2023-3
Sumber:  Epigram Books

Karina Robles Bahrin menerbitkan novel pertamanya iaitu The Accidental Malay pada 2022 ketika usia 52 tahun. Lebih membanggakan lagi, karyanya itu memenangi Hadiah Fiksyen Buku Epigram 2022 dengan membawa pulang wang berjumlah RM78,000 serta kontrak penerbitan bersama Epigram Books.

Beliau merupakan rakyat Malaysia kedua dan wanita Malaysia pertama memenangi anugerah berkenaan.

Buku The Accidental Malay itu menceritakan tentang kaum, agama dan kewanitaan dalam cerita satira.

BACA JUGA: Karina Robles Bahrin Menang Hadiah Fiksyen Buku Epigram 2022

Berasal dari Kuala Lumpur, beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Langkawi untuk membuka hotel dan restoran selepas 20 tahun kerjaya dalam perhubungan awam.

4. Ambiga Sreenevasan (Peguam & Peguambela Hak Asasi Manusia)

Sumber: Fail TRP

Peguam dan aktivis hak asasi manusia bernama Ambiga Sreenevasan berusia 66 tahun itu mula dikenali pada 2007 sebagai Presiden Badan Peguam Malaysia dan pernah mengetuai perarakan bersama 2,000 peguam menyeru reformasi kehakiman.

Sreenevasan pertama kali memulakan kerjayanya sebagai peguam di England pada 1980 dan diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia dua tahun kemudiannya. Selama tiga dekad berikutnya, kerja tokoh ini tertumpu pada litigasi komersial dan korporat.

Pada tahun 2011, beliau menghidupkan gerakan Bersih yang menyeru kepada reformasi pilihan raya. Dia juga seorang peguam bela yang teguh mempertahankan hak wanita Malaysia.

Kerja-kerja advokasi beliau telah menjadi faktor beliau memperolehi Anugerah Wanita Keberanian Antarabangsa AS pada tahun 2009.

Senarai lengkap Forbes 50 Over 50: Asia Pacific 2023 boleh dilihat [DI SINI].

2 Wanita Malaysia Pernah Tersenarai Dalam Anugerah Sama Pada Tahun 2022

Pada tahun lalu, dua wanita Malaysia juga telah tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2022 iaitu Datuk Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman dan Tan Sri Datuk Seri Michelle Yeoh.

BACA JUGA: 2 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia 2022. Tahniah!

Datuk Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman yang merupakan seorang pakar penyakit berjangkit HIV/AIDS serta Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS Malaysia (Malaysia’s Center of Excellence for Research in AIDS).

forbes-50-over-50
Sumber: Empire/ Malay Mail

Manakala Tan Sri Datuk Seri Michelle Yeoh pula merupakan seorang pelakon Malaysia yang telah membintangi pelbagai filem antarabangsa dan mendapat pelbagai anugerah yang cukup membanggakan.

Michelle semakin dikenali selepas dia turut membintangi watak di dalam filem blokbuster seperti Crazy Rich Asians pada tahun 2018 dan Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings pada tahun 2021.

BACA JUGA: Michelle Yeoh Menang Anugerah Golden Globe, Cipta Sejarah Sebagai Pelakon Malaysia Pertama!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd