Now Reading
1.4 Juta Pencarum Dengan Simpanan Kurang RM10,000 Terima Insentif RM500 Dalam Akaun 1 KWSP

1.4 Juta Pencarum Dengan Simpanan Kurang RM10,000 Terima Insentif RM500 Dalam Akaun 1 KWSP

Inisiatif yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari tahun lalu dilakukan bertujuan untuk memupuk tabiat menyimpan dalam kalangan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini (10 Januari) memaklumkan bahawa sebanyak RM708 juta telah dikreditkan kepada 1.4 juta ahli KWSP berusia antara 40 dan bawah 55 tahun.

Insentif sebanyak RM500 yang dicarumkan secara ‘one-off’ ini diberikan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP berjumlah RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 setakat 24 Februari 2023.

Inisiatif yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari tahun lalu dilakukan bertujuan untuk memupuk tabiat menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan bagi ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah serta menghampiri umur bersara.

“Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan,” KWSP dalam kenyataan mereka pada hari ini (10 Januari).


6.3 Juta Pencarum KWSP Berusia 55 Tahun Ke Bawah Hanya Ada Simpanan Kurang RM10,000

Sebelum ini, isu tentang wang simpanan KWSP menjadi topik hangat apabila 6.3 juta ahli berumur bawah 55 tahun atau 48% hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 sehingga 30 September tahun lalu.

Dengan simpanan yang kurang daripada RM10,000 itu, ahli dijangka akan mempunyai pendapatan persaraan bulanan kurang daripada RM42 sebulan bagi tempoh 20 tahun.  

Sumber: MalayMail

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), jumlah itu meningkat berbanding hanya 4.7 juta ahli atau 37% yang direkodkan pada April 2020 iaitu sebelum pengenalan pengeluaran khas berkaitan COVID-19.

“Ketika negara menghadapi pandemik Covid-19, ia telah memberi impak amat besar kepada negara dan rakyat terutama dari segi ekonomi, produktiviti, kesejahteraan sosial, kualiti hidup dan kesihatan.

“Implikasi pengeluaran tambahan daripada Akaun 1 juga telah memberikan kesan jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang ketara dalam kalangan ahli KWSP,” kata MOF menerusi kenyataan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Baki Simpanan 6.3 Juta Ahli KWSP Bawah 55 Tahun Kurang RM10,000


KWSP Dalam Belanjawan 2024

Kerajaan melalui Belanjawan 2024 telah mengumumkan untuk meningkatkan had caruman padanan kerajaan bagi program i-Saraan daripada RM300 kepada RM500 setahun.

Namun, ia tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup bagi individu yang layak.

Gambar sekadar hiasan.

Kerajaan juga akan memberikan insentif caruman padanan bagi setiap ringgit yang dicarumkan melalui program i-Suri oleh suri rumah berumur di bawah 55 tahun dan berdaftar dalam pangkalan e-kasih.

Kumpulan ini akan menerima insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 setiap individu namun ia tertakluk kepada insentif padanan maksimum RM300 setahun.

Baca Artikel Berkaitan: 4 Juta Ahli KWSP Boleh Mohon Pinjaman Antara RM3,000 Ke RM50,000 Menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2, Kata PM

Baca Artikel Berkaitan: “Lebih Baik Kami Cari Jalan Lain” – Anwar Ibrahim Jawab Isu Desakan Pengeluaran KWSP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd