Now Reading
“Lebih Baik Kami Cari Jalan Lain” – Anwar Ibrahim Jawab Isu Desakan Pengeluaran KWSP

“Lebih Baik Kami Cari Jalan Lain” – Anwar Ibrahim Jawab Isu Desakan Pengeluaran KWSP

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mempertimbangkan semula nasib serta masa depan pencarum sekiranya pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan buat kali kedua.

"Lebih Baik Kami Cari Jalan Lain" - Anwar Ibrahim Jawab Isu Tentang Desakan Pengeluaran KWSP

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada Ahad lalu (15 Januari), sebuah badan bukan kerajaan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) telah mengemukakan Resolusi Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar kerajaan membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP.

Menurut ProRakyat, resolusi yang disampaikan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin itu berharap dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

ProRakyat telah memohon agar wang simpanan KWSP dapat dikeluarkan antara jumlah RM10,000 sehingga RM30,000 secara ‘one-off’ sebagai langkah jangka masa pendek kepada individu yang mengalami masalah kewangan.

BACA JUGA: Perlukah Pengeluaran KWSP Dibenarkan Sekali Lagi?

Perdana Menteri Anwar Ibrahim Jawab Isu Berkaitan Desakan Pengeluaran Wang KWSP

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam (16 Januari) telah memberikan penjelasan berkaitan desakan pengeluaran wang KWSP.

Menurut beliau, kerajaan perlu mempertimbangkan semula nasib serta masa depan pencarum sekiranya pengeluaran KWSP dibenarkan buat kali kedua.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (Sumber: MalayMail)

Tambah beliau lagi, adalah lebih baik jika kerajaan mencari alternatif lain yang lebih berkesan bagi membantu rakyat berbanding dengan mengeluarkan wang dari KWSP.

Kami mendapati jumlah wang yang dimiliki oleh akaun pencarum KWSP adalah sangat sedikit. Jadi saya mempertimbangkan antara keperluan mendesak dan masa depan mereka. Saya berfikir lebih baik kerajaan mencari alternatif lain untuk membantu rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini pada 11 Januari lalu, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) juga telah memeterai usaha bersama Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) bagi menyokong Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.


Pengeluaran Wang KWSP Pertama Kali Dibenarkan Pada April 2022

Ketika Malaysia di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan telah membenarkan rakyat mengeluarkan wang simpanan KWSP dengan jumlah maksimum RM10,000.

Pengeluaran tersebut yang dikreditkan ke dalam akaun pencarum pada April 2022 lalu dilakukan selepas pihak kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Berdasarkan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

BACA JUGA: KWSP Seru Rakyat Jadi Jutawan Untuk Bersara Dengan Selesa

BACA JUGA: Mufti Perjelas Sama Ada Duit Pengeluaran KWSP Perlu Dikenakan Zakat Atau Tidak

Pengeluaran KWSP Hanya Akan Beri Manfaat Besar Kepada T20

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul La­tiff sebelum ini pernah menjelaskan bahawa pengeluaran one-off KWSP di dalam bajet 2023 ini dilihat hanya akan memberi manfaat besar kepada golongan T20 dan sebahagian M40 sahaja.

Ini kerana, jelasnya kebanyakkan pencarum B40 tidak akan menerima manfaat itu disebabkan oleh data KWSP menunjukkan majoriti pencarum terutamanya bangsa Melayu tidak lagi mempunyai simpanan yang mencukupi dalam akaun KWSP mereka.

Lebih-Baik-Kami-Cari-Jalan-Lain_-Anwar-Ibrahim-Jawab-Isu-Tentang-Desakan-Pengeluaran-KWSP-3
Sumber: MalayMail

Berdasarkan statistik pada akhir tahun 2021, sekitar 54% ahli KWSP yang berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000.

Peratusan ini juga menunjukkan bahawa hanya 3% daripada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mampu untuk bersara.

Kekurangan jumlah simpanan itu lebih membimbangkan ahli Bumiputera kerana 78% atau lebih tiga perempat telah memohon pengeluaran kemudahan tersebut. Oleh disebabkan itu, 4.4 juta atau 54% ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dan 2 juta ahli mempunyai kurang daripada RM1,000.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

BACA JUGA: Hanya 3% Ahli KWSP Mempunyai Wang Mencukupi Untuk Bersara – KWSP


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd