Now Reading
4 Juta Ahli KWSP Boleh Mohon Pinjaman Antara RM3,000 Ke RM50,000 Menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2, Kata PM

4 Juta Ahli KWSP Boleh Mohon Pinjaman Antara RM3,000 Ke RM50,000 Menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2, Kata PM

Jumlah pembiayaan adalah bergantung kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan lebih empat juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) layak mendapat manfaat Fasiliti Sokongan Akaun 2 untuk membuat pinjaman sebanyak RM3,000 hingga RM50,000 daripada bank.

Menurutnya, bagi tujuan program ini, fasiliti pembiayaan patuh Syariah akan disediakan oleh pihak bank dan ia tidak melibatkan sebarang unsur-unsur riba.

Kadar faedah yang dikenakan oleh bank hanya 4% hingga 5% setahun

Difahamkan, fasiliti ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak kerana kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang dikenakan oleh bank dijangka di antara 4% hingga 5 % setahun.

Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pembiayaan peribadi semasa yang ditawarkan bank tempatan iaitu sekitar 8% hingga 15%.

Jumlah pinjaman tertakluk pada baki simpanan dalam Akaun 2 KWSP

Namun menurut Anwar, jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum sebanyak RM50,000 adalah bergantung kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.

Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, maka pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Kata Anwar, setakat 31 Januari lalu seramai 1.89 juta pencarum berumur antara 55 hingga 40 tahun mempunyai simpanan di dalam Akaun 1 sebanyak RM10 ribu dan ke bawah, maka sebab itu penting bina semula tabungan agar mereka mempunyai simpanan mencukupi di hari tua.

“Pengeluaran sewaktu Pandemik yang dibuat sebelum ini memang untuk keperluan mendesak, dan kita semua faham. Kini, tidak wajar untuk masih membenarkan pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat.

“Negara seperti Australia, Peru dan Chile yang membenarkan pengeluaran simpanan persaraan pada 2020 dan 2021, sudah tidak lagi diteruskan tahun lalu,” katanya.

Kerajaan cadang pencarum guna wang KWSP sebagai cagaran pinjaman bank

Terdahulu, media melaporkan kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang yang ada di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Jelas Anwar, kaedah itu boleh ditawarkan kepada semua pencarum KWSP ‘terdesak’ yang ingin mendapatkan pinjaman wang dengan cara mencagarkan wang caruman mereka di agensi terbabit.

BACA JUGA: Kerajaan Cadang Pencarum ‘Terdesak’ Guna Wang KWSP Sebagai Cagaran Pinjaman Bank – PM


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd