Now Reading
Bayi 16 Bulan Positif Dadah, Pasangan Kekasih Di Johor Ditahan Polis

Bayi 16 Bulan Positif Dadah, Pasangan Kekasih Di Johor Ditahan Polis

Bayi itu dipercayai telah dihantar oleh ibu kandungnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru selepas mengalami sawan sebelum disahkan positif dadah methamphetamine atau amphetamine.

bayi 16 bulan positif dadah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kanak-kanak sepatutnya dijauhkan dari perkara yang boleh membahayakan diri mereka dari segi keselamatan dan juga kesihatan.

Namun, kejadian yang berlaku di Johor baru-baru ini pula sebaliknya sehingga menyebabkan bayi tersebut mengalami kesan buruk terhadap tahap kesihatannya.

Terbaharu, pasangan kekasih di Iskandar Puteri, Johor telah ditahan oleh pihak polis pada Selasa minggu lepas (12 Disember) selepas disyaki memberikan dadah kepada bayi lelaki berusia 16 bulan.

Bayi itu dipercayai telah dihantar oleh ibu kandungnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru selepas mengalami sawan sebelum disahkan positif dadah jenis methamphetamine atau amphetamine.

Susulan berita mengejutkan itu, pihak hospital telah membuat laporan sebelum pihak polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di Jalan Salleh, Johor Bahru dan seorang wanita berusia 31 tahun di HSA.

Memetik sumber Berita Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing kedua-dua pasangan tersebut juga didapati positif dadah.


Pasangan Kekasih Dituduh Di Mahkamah

Kenyataan dari Polis Daerah Iskandar Puteri memaklumkan bahawa pasangan kekasih tersebut telah dituduh di mahkamah semalam (21 Disember) atas kesalahan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2002 kerana telah menyebabkan seorang bayi positif dadah.

Pihak mahkamah telah memberi kebenaran keapda Orang Kena Tuduh (OKT) untuk diikat jamin dengan RM6,000 bagi setiap individu, tetapi tiada sebarang bayaran yang dilakukan.

Oleh itu mahkamah telah mengambil keputusan untuk menahan pasangan kekasih itu di Penjara Koreksional Ledang dan Penjara Kluang.

Kes berkenaan akan dibicarakan semula di Mahkamah Sesyen Jenayah Johor Bahru pada 23 Januari 2024.


Individu Dedah Kanak-kanak Dengan Perkara Bahaya Boleh Didakwa Di Bawah Akta Kanak-kanak 2001

Memetik sumber Berita Harian, pengamal undang-undang Fahmi Abd Moin berkata Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pendedahan kanak-kanak kepada perkara yang membahayakan keselamatan dirinya.

Akta berkenaan menjelaskan mana-mana individu, ibu bapa atau penjaga yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.

“Mereka yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak dan kemudian mendedahkannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi, boleh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” jelas Fahmi.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak 4 Tahun Mungkin ‘Ambil’ Lebihan Dadah Dalam Kereta Bapa Saudara

Baca Artikel Berkaitan: [TERKINI] Kanak-kanak 4 Tahun Disumbat Dadah Terpaksa Ditidurkan Akibat Terlalu Lemah

Baca Artikel Berkaitan: “Lapar Sampai Minum Air Tandas” – Ibu Kesal Suami Kurung Anak Dalam Tandas Sampai Kebulur


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd