Now Reading
Kanak-kanak 4 Tahun Mungkin ‘Ambil’ Lebihan Dadah Dalam Kereta Bapa Saudara

Kanak-kanak 4 Tahun Mungkin ‘Ambil’ Lebihan Dadah Dalam Kereta Bapa Saudara

Pihak polis memaklumkan berkemungkinan besar kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga selepas bapa saudaranya mendapatkan bekalan dadah.

kanak-kanak empat tahun tertelan dadah dalam badan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (21 Jun), kanak-kanak berusia empat tahun yang berada dalam keadaan kritikal terpaksa ditidurkan oleh pihak hospital di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana keadaannya yang terlalu lemah akibat kesan daripada dadah di dalam badan.

Menurut Rohaya Hasan iaitu ibu kepada kanak-kanak tersebut, anak bongsunya merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU).

Suspek yang merupakan bapa saudara mangsa berusia 30 tahun juga telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

BACA JUGA: [TERKINI] Kanak-kanak 4 Tahun Disumbat Dadah Terpaksa Ditidurkan Akibat Terlalu Lemah

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun pula memaklumkan berkemungkinan besar mangsa ditinggalkan di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga selepas suspek mendapatkan bekalan dadah.

Suspek dipercayai mengambil bekalan dadah dengan membawa mangsa bersama di dalam kereta. Berkemungkinan kanak-kanak berkenaan ditinggalkan di dalam kenderaan tersebut dan ada lebihan dadah.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Siasatan awal mendapati suspek sudah beberapa kali membawa keluar mangsa tetapi lokasinya tidak dapat dikenal pasti.

Mangsa sudah ada sedikit pergerakan

Laporan memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut sudah menunjukkan sedikit pergerakan apabila ibunya memanggil nama.

Walaupun belum menyedarkan diri, tetapi saya agak lega apabila sudah ada sedikit pergerakan apabila namanya dipanggil.

Ibu mangsa, Rohaya Hasan.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, Rohaya yang juga penghidap kanser payudara tahap lima sejak enam tahun lalu membuatkan keadaan keluarga mereka agak susah kerana dia tidak lagi bekerja dan hanya mengharapkan bantuan ayah sebagai penoreh getah.

Saya ada suami tetapi tak tahu dia berada di mana sekarang kerana sudah lama tidak berhubung.

Ibu mangsa, Rohaya Hasan.

Berikutan kejadian yang berlaku kepada anak bongsunya itu, Rohaya berharap agar suspek mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd