“Lapar Sampai Minum Air Tandas” – Ibu Kesal Suami Kurung Anak Dalam Tandas Sampai Kebulur
Kanak-kanak lelaki itu yang tinggal bersama bapanya di Taman Pulai Jaya, Johor Bahru dikurung di dalam tandas tanpa berbaju sehingga tidak bermaya dan kelaparan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Isu penderaan fizikal dan mental terutamanya melibatkan kanak-kanak adalah perkara yang perlu diambil serius susulan banyak kes sebegini dilaporkan.
Sebelum ini, seorang kanak-kanak yang berjaya melarikan diri dari rumah bapa kandung dan ibu tirinya menceritakan dia telah menjadi mangsa dera selepas dikatakan pernah ditumbuk dan dicampak ke lantai.
Malah, ada juga kanak-kanak lain yang dipercayai telah dipukul oleh teman lelaki ibu kandung sehingga lebam pada belakang badan kerana dikatakan membuat bising.
Artikel Berkaitan: Teman Lelaki Dera Anak Kekasih Umur Setahun 11 Bulan Ditahan Polis, Miliki 13 Rekod Jenayah
Artikel Berkaitan: Ibu Tiri & Bapa Kandung Dera Budak 6 Tahun Di Jempol Kini Ditahan Polis
Artikel Berkaitan: Che Puan Khaleeda Beri Respon Kes Ibu & Rakan Dera Kanak-kanak Di Johor
Kanak-kanak Lelaki Di Johor Bahru Dikurung Dalam Tandas Sehingga Kebuluran
Terbaharu, satu lagi kes penderaan kanak-kanak dilaporkan berlaku di sebuah flat berhampiran Taman Pulai Jaya, Pulai, Johor Bahru.
Wanita dikenali sebagai Ana berusia 34 tahun itu memaklumkan anaknya telah menjadi mangsa penderaan selepas diberitahu oleh pelindung kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Memetik sumber Harian Metro, ibu kepada kanak-kanak lelaki itu terkejut apabila melihat keadaan anaknya yang hampir tidak dikenali selepas dipercayai tinggal bersama suaminya.
Jelasnya, anaknya yang pernah tinggal bersamanya pada dua tahun lalu memiliki berat badan melebihi 60 kilogram dan seorang yang peramah serta ceria.
Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila tinggal bersama bapanya pula.
Keadaan tubuh badan mangsa dilihat sangat kurus sehingga jelas rangka tulangnya di bahagian leher.
Saya pernah membuat laporan sebanyak tujuh kali termasuk di Banting, Selangor kerana suami tidak membenarkan saya untuk bertemu dengan anak sejak lebih setahun lalu.
Ibu kepada mangsa dera.
Anak Dedah Derita Yang Dilalui
Keadaan menjadi lebih pilu apabila anaknya menceritakan bahawa dia telah dikurung tanpa berbaju di dalam tandas serta dibiarkan kebuluran.
Oleh kerana terlalu lapar, kanak-kanak tersebut juga memberitahu dia kerap meminum air tandas dan kadangkala menjamah sisa makanan yang tinggal sahaja.
Bukan itu sahaja, mangsa terpaksa menahan kesakitan apabila didera oleh teman wanita bapanya yang sengaja memukul serta mencucuh api pada tubuh badan.
Saya tidak melihat perbuatan mereka namun siapa saja pelaku, saya tidak akan memaafkan mereka dan berharap dibawa ke muka pengadilan. Tak dapat bayangkan nasibnya sekiranya dia tidak diselamatkan polis, mungkin kami akan kehilangannya.
Ibu kepada mangsa dera.
Mangsa Kini Diberi Rawatan Sehingga Beransur Baik
Kejadian ini mula disedari oleh seorang jiran yang secara kebetulan memasuki rumah mangsa untuk menumpang meletakkan barangan basah di dalam peti ais.
Ana meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak polis serta komuniti setempat kerana berjaya menyelamatkan anaknya.
Tambah Ana lagi, dia juga telah memujuk anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga keadaan kesihatan bertambah baik.
Saya juga menghargai perhatian diberikan Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor (JEWEL) dan Skuad Waja terhadap anak saya ketika dia diselamatkan hingga kini.
Ibu kepada mangsa dera.
Buat masa ini, Ana dibenarkan untuk membawa pulang anaknya selepas proses siasatan dan akan mendaftarkannya di sebuah sekolah.
Individu Dedah Kanak-kanak Dengan Perkara Bahaya Boleh Didakwa Di Bawah Akta Kanak-kanak 2001
Memetik sumber Berita Harian, pengamal undang-undang Fahmi Abd Moin berkata Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pendedahan kanak-kanak kepada perkara yang membahayakan keselamatan dirinya.
Akta berkenaan menjelaskan mana-mana individu, ibu bapa atau penjaga yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.
“Mereka yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak dan kemudian mendedahkannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi, boleh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” jelas Fahmi.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.