Now Reading
Teman Lelaki Dera Anak Kekasih Umur Setahun 11 Bulan Ditahan Polis, Miliki 13 Rekod Jenayah

Teman Lelaki Dera Anak Kekasih Umur Setahun 11 Bulan Ditahan Polis, Miliki 13 Rekod Jenayah

Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kes penderaan melibatkan kanak-kanak menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat selepas banyak insiden berkaitan insiden itu dilaporkan berlaku.

Sebelum ini, tular kes di mana seorang pengasuh wanita di Skudai, Johor bertindak kasar dengan seorang bayi apabila dia dikatakan menepuk kepala bayi untuk menyuruhnya diam dan berhenti menangis. 

Berikutan video yang tular itu, pengasuh berkenaan telah ditahan oleh pihak Polis Daerah Iskandar Puteri bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.

BACA JUGA: Pengasuh Didakwa Dera Bayi Di Skudai Kini Ditahan Polis & Direman 4 Hari


Teman Lelaki Disyaki Dera Anak Kepada Kekasihnya Hingga Cedera Dan Lebam Pada Badan

Dalam kes terbaharu, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan dipercayai mengalami kecederaan apabila dikatakan didera oleh teman lelaki ibunya ketika berada di sebuah rumah.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan D Saralathan dalam satu kenyataan memaklum pihak telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada Rabu lalu (7 Jun) sekitar jam 5:05 petang.

Kejadian yang didakwa berlaku di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak telah menyebabkan kanak-kanak terlibat mengalami beberapa kecederaan di bahagian belakang badan, bengkak di bibir dan lebam pada kedua-dua belah mata. 

Sumber: Facebook WakZam SemPoi

Kanak-kanak tersebut telah pun dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan selanjutnya. 

Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa punca suspek memukul mangsa adalah kerana dikatakan membuang bising.

Tambah Saralathan lagi, teman lelaki kepada wanita berkenaan sempat melarikan diri sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian. 


Lelaki Didakwa Dera Anak Teman Wanita Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis

Suspek yang berusia 31 tahun kemudiannya ditahan oleh pihak polis di sebuah pangsapuri sekitar Taman Kepong Indah malam semalam (8 Jun).

Menurut Saralathan, pihak polis akan memohon perintah reman di mahkamah pada hari ini (9 Jun). 

Siasatan kini dijalankan oleh Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. Ketua Polis Kuala Lumpur akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D Saralathan.

Suspek Miliki 13 Rekod Jenayah, Ujian Air Kencing Positif Dadah

Memetik laporan Bernama, lelaki warga tempatan itu juga memiliki 13 rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kesalahan termasuklah dadah dan satu rekod menunjukkan dia sedang diburu oleh pihak polis di Lanchang, Pahang.

Ujian air kencing yang dilakukan turut mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Sumber: Freepik

Insiden penderaan ini juga telah dikongsikan oleh bapa saudara kepada wanita tersebut menerusi akaun Facebook WakZam SemPoi dengan memuat naik beberapa gambar menunjukkan kesan cedera dan lebam pada kanak-kanak berkenaan. 

Ketika kejadian berlaku, ibu kepada bayi tersebut cuba menghalang teman lelakinya daripada mencederakan anaknya tetapi gagal kerana suspek telah mengurung kanak-kanak itu seorang diri di dalam bilik sehingga keesokan paginya. 

Dalam laporan polis, ibu itu mendedahkan bahawa anak perempuannya sebenarnya didera secara berterusan dari 4 Jun hingga 7 Jun.

Keesokan paginya, lelaki berkenaan menghantar mereka berdua ke rumah ibu kepada teman wanitanya tetapi sempat melarikan diri apabila dia melihat kereta peronda polis datang ke arahnya.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian, boleh membantu pihak berkuasa dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Talian Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd