Now Reading
Pelancong Asing Ke Malaysia Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Mulai 1 Januari 2024

Pelancong Asing Ke Malaysia Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Mulai 1 Januari 2024

Pengisian Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) diberi kelonggaran sehingga 31 Disember 2023 berikutan pelaksanaan kad tersebut yang masih baru.

kad ketibaan digital malaysia mdac

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia merupakan salah satu lokasi percutian yang menjadi pilihan para pelancong dari seluruh dunia bagi menerokai kepelbagaian budaya, makanan dan tempat menarik di negara khatulistiwa ini.

Bagi pelancong asing yang mahu memasuki Malaysia pada tahun 2024, mereka kini diwajibkan untuk mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) mulai 1 Januari tahun hadapan.

Dokumen tersebut perlu diisi sekurang-kurangnya dua atau tiga hari sebelum tiba di Malaysia bagi memaklumkan tentang keberadaan mereka di negara ini.

Memetik sumber Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail prosedur berkenaan diberi kelonggaran buat para pelancong sehingga 31 Disember 2023 berikutan pelaksanaan kad tersebut yang masih baru.

“Ini adalah langkah penting untuk kita mengetahui tentang keberadaan mereka sepanjang berada di sini. Namun, pada masa yang sama ia penting untuk kita juga,” kata Saifuddin.

Sumber: MalayMail

Perkara ini diberitahu oleh Saifudin pada sidang media selepas mengadakan tinjauan proses Pelan Liberalisasi Visa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini (5 Disember).

MDAC adalah sebahagian daripada lima inisiatif utama bagi penambahbaikan Jabatan Imigresen dan juga untuk meningkatan sektor pelancongan supaya tidak dirumitkan dengan proses visa.

Kad Ketibaan Digital Malaysia boleh diisi di laman web Jabatan Imigresen Malaysia dengan klik [DI SINI].

Sumber: MalayMail

Malaysia Beri Pengecualian Visa Kepada Pelancong China & India Selama 30 Hari

Pada 26 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian visa kepada pelancong dari negara China dan India yang ingin memasuki Malaysia.

Kemudahan tersebut berkuatkuasa mula 1 Disember 2023 dan akan diberikan selama 30 hari.

“Hari ini saya umumkan, tahun depan (sempena) 50 tahun hubungan diplomatik dengan China, untuk sambut semangat ini, mulai 1 Disember ini, kita beri tambahan dari negara Arab, Turkiye dan Jordan, kemudahan kepada rakyat China dan India, pengecualian visa selama 30 hari,” jelas Anwar.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia yang ingin melancong ke negara China turut diberikan pengecualian visa selama 15 hari mulai 1 Disember 2023 sehingga November 2024.

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong China & India Ke Malaysia Dapat Pengecualian Visa 30 Hari Bermula 1 Disember Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd