Now Reading
Konflik Palestin-Israel: Angka Korban Dikhuatiri Meningkat Akibat Wabak Penyakit

Konflik Palestin-Israel: Angka Korban Dikhuatiri Meningkat Akibat Wabak Penyakit

Jurucakap WHO telah meluahkan kebimbangan terhadap warga Palestin terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak kerana berisiko menghidap penyakit berjangkit akibat sumber air yang kotor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum tentang konflik dan peperangan antara rakyat Palestin dengan tentera Israel pada ketika ini.

Bukan sahaja angka korban semakin meningkat, malah kekejaman rejim Zionis yang tidak memberi kemudahan seperti sumber air bersih juga telah memudaratkan kesihatan penduduk tempatan.


WHO Beri Amaran Wabak Penyakit Berjangkit Akan Meningkat

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran bahawa lebih ramai warga Palestin berisiko maut akibat wabak penyakit berbanding dengan serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Hal ini berkemungkinan berlaku sekiranya sistem kesihatan di sana masih lumpuh iaitu mereka tidak mempunyai ubat-ubatan yang mencukupi.

“Pada akhirnya, kita akan melihat lebih ramai orang mati akibat penyakit berbanding apa yang kita lihat daripada pengeboman jika sistem kesihatan tidak dipulihkan,” kata jurucakap WHO Dr. Margaret Harris.

Ketika taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Margaret turut meluahkan kebimbangan terhadap penularan penyakit berjangkit seperti cirit-birit terutamanya dalam golongan wanita dan anak kecil.

Tambahnya, negara itu kini tidak mempunyai sebarang vaksinasi, makanan dan akses kepada sumber air bersih yang selamat.

“Kami menyaksikan bilangan kes cirit-birit yang sangat tinggi dalam kalangan bayi.

“Saya bertemu dengan ramai ibu bapa dan mereka tahu apa yang anak-anak perlukan. Mereka tidak mempunyai akses kepada air selamat dan ia melumpuhkan kehidupan harian mereka,” tambahnya.

Sumber: Palestine Chronicle

Lebih 70,000 Kes Jangkitan Pernafasan Akut Dilaporkan Di Palestin

Pada awal bulan lalu, WHO melaporkan lebih 70,000 kes jangkitan pernafasan akut dan lebih 44,000 masalah cirit-birit direkodkan di wilayah itu.

Sebelum ini, Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) turut memberi amaran bahawa orang ramai yang terkesan dalam peperangan terpaksa minum air tidak bersih sehingga mendorong kepada jangkitan penyakit.

Pihak PBB dalam masa sama berkata terdapat satu unit bilik mandi untuk setiap 700 orang dan satu tandas buat setiap 150 individu di kemudahan organisasi itu di kawasan berkenaan.

Jelas Margaret, keruntuhan sistem kesihatan di Hospital al-Shifa iaitu kemudahan perubatan terbesar di Gaza sebelum ini merupakan satu tragedi.

Sumber: Al Jazeera/ Instagram (@motaz_azaiza)

Kekejaman tentera Israel tidak terhenti di situ sahaja, mereka juga telah menahan beberapa kakitangan perubatan hospital semasa operasi pemindahan pesakit yang dilaksanakan oleh WHO.

Dalam pada itu, Jurucakap Agensi Kanak-kanak PBB di Gaza James Elder memaklumkan bahawa hospital itu dipenuhi dengan anak kecil yang cedera akibat pengeboman askar Israel termasuklah mengalami radang perut serta usus kerana pengambilan air kotor.


Angka Korban Di Palestin Meningkat

Mencecah hari ke-55 sejak pergolakan itu berlaku, lebih daripada 15,000 nyawa warga Palestin dilaporkan syahid sejak 7 Oktober lalu.

Menurut sumber Al Jazeera, pihak Israel dan pejuang Hamas telah bersetuju untuk menambah tempoh gencatan senjata kepada hari ke-7.

Berita itu telah diumumkan beberapa minit sebelum perjanjian itu tamat pada hari ini (30 November).

Walau bagaimanapun, Israel berkata bahawa pertempuran gencatan senjata bakal diteruskan sebaik sahaja proses membebaskan tebusan selesai tertakhluk kepada syarat perjanjian.

Negara Qatar yang menjadi pengantara kedua-dua pihak itu berkata perjanjian tersebut dilanjutkan mengikut syarat yang sama seperti dulu, di mana Hamas perlu membebaskan 10 tebusan Israel setiap hari sebagai pertukaran untuk 30 tahanan warga Palestin.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Sebar Propaganda Dakwa Utara Gaza Sudah ‘Kosong’, Tapi Masih Giat Bom Lagi 9,000 Penduduk Di Sana

Baca Artikel Berkaitan: Empat Hospital Di Gaza Lumpuh, Pesara Sektor Perubatan Diminta Kembali Bertugas

Baca Artikel Berkaitan: “Dipukul Setiap Minggu” – Remaja Palestin Kongsi Keperitan Selepas Dipenjara 5 Bulan Tentera Israel


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd