Now Reading
Kempen ‘Hentikan Keganasan Terhadap Wanita’ 27 November Ini, Jangan Lupa Pakai Warna Oren!

Kempen ‘Hentikan Keganasan Terhadap Wanita’ 27 November Ini, Jangan Lupa Pakai Warna Oren!

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengajak orang ramai untuk memakai pakaian berwarna jingga kerana ia merupakan warna global bagi solidariti terhadap keganasan wanita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Golongan wanita merupakan antara insan terpenting yang perlu dijaga dan disantuni.

Mana tidaknya, mereka adalah anak dan mungkin ibu yang telah banyak berkorban masa dan tenaga bagi membesarkan anak-anak serta menjaga keperluan si suami.

Walaupun begitu, kes mendera atau keganasan terhadap golongan tersebut masih berleluasa sehingga ke hari ini.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Pukul Isteri Guna Helmet Mengaku Salah & Dipenjara 15 Bulan


Orang Ramai Diajak Pakai Warna Oren Sempena Kempen ‘Hentikan Keganasan Terhadap Wanita’

Bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku, rakyat Malaysia diseru untuk memakai pakaian berwarna (oren) pada Sabtu ini (25 November) sebagai sokongan terhadap kempen ‘Hentikan Keganasan Terhadap Wanita’ (International Day for the Elimination of Violence against Women – EVAW).

Kalau anda nak tahu, sambutan tahunan itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang keganasan terhadap golongan wanita di serata dunia terutamanya dalam negara.

Untuk makluman semua, kempen tersebut merupakan anjuran kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kempen itu akan menyaksikan Menara Kuala Lumpur dihiasi dengan warna oren pada Jumaat malam (24 November) bagi menyahut baik inisiatif berkenaan.

Sumber: Mai Singgah/Unsplash

Jingga Adalah Warna Global Untuk Solidariti Hentikan Keganasan Terhadap Wanita

Buat mereka yang tertanya-tanya kenapa warna oren dipilih, KPWKM menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi menjelaskan bahawa ia merupakan warna global sebagai tanda solidariti untuk menghentikan keganasan dalam kalangan para wanita.

Melalui hantaran sama, KPWKM juga mengalu-alukan pemilik perniagaan untuk menghiasi premis-premis mereka dengan warna oren bagi menyokong kempen berkenaan.

Dalam pada itu, kementerian turut menyarankan agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan untuk melaksanakan program kesedaran membanteras penindasan terhadap wanita serta kanak-kanak perempuan.

Sumber: Facebook KPWKM

Post Gambar OOTD Di Media Sosial Masing-masing

Buat mereka yang akan turut serta dalam kempen ini, jangan lupa memperagakan pakaian serba oren anda dan post di media sosial masing-masing!

Dalam kapsyen hantaran pula, jangan lupa sertakan hashtag seperti berikut:

  • #Hentikankeganasanterhadapwanita
  • #EVAW
  • #orangetheworld
Sumber: Facebook KPWKM

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Diselamatkan Pengunjung Karnival Selepas Buat Isyarat Tangan ‘Signal For Help’

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Perempuan Mangsa Dera Dilarikan Bapa Yang Kini Jadi Buruan Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd