Now Reading
Kanak-kanak Perempuan Mangsa Dera Dilarikan Bapa Yang Kini Jadi Buruan Polis

Kanak-kanak Perempuan Mangsa Dera Dilarikan Bapa Yang Kini Jadi Buruan Polis

Polis kini sedang mengesan mangsa termasuk lelaki dipercayai bapanya dan neneknya untuk siasatan lanjut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pihak polis sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai menjadi mangsa dera bapanya di sekitar kawasan Chow Kit semalam, 6 September.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kosmo, kanak-kanak perempuan tersebut dipercayai telah dilarikan bapanya ketika pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendak menemu bual mangsa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya telah menerima laporan pada Sabtu lalu.

Pengadu merupakan seorang pegawai JKM yang mendapat maklumat daripada orang awam. Berdasarkan laporan, mangsa bersama neneknya didapati merayau di kawasan Chow Kit untuk mengemis. Pegawai JKM terbabit telah ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa namun telah dibawa lari oleh seorang lelaki dipercayai bapa mangsa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi oleh Kosmo.

JKM menjalankan siasatan di bawah Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membenarkan kanak-kanak di bawah jagaan berada di jalanan atau mana-mana premis bagi tujuan mengemis atau meminta sedekah.

Polis kini sedang mengesan mangsa termasuk lelaki dipercayai bapanya dan neneknya untuk siasatan lanjut.

Bapa mangsa penagih dadah

Menurut kenyataan yang dimuat naik seorang wanita di Facebook yang pernah tular di media sosial baru-baru ini, bapa mangsa merupakan seorang penagih dadah yang kematian isteri.

Kanak-kanak perempuan tersebut berada dalam keadaan kusut masai dan air mata berjurai-jurai, di bawah matanya membengkak serta membiru ketika kanak-kanak itu menerpa ke arah saya dalam keadaan ketakutan. Bapa mangsa turut meletakkan harga RM6,000 untuk membayar harga kanak-kanak malang tersebut sebaik saya meminta untuk menyerahkannya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai JKM.

Malah, setelah wanita tersebut melaporkan kepada polis dan kereta peronda polis (MPV) dari Dang Wangi telah tiba di lokasi kejadian, lelaki tersebut telah disoal siasat dan ketika itu kanak-kanak tersebut sedang memeluk erat serta memberitahu tidak mahu mengikuti lelaki berkenaan.

Polis juga telah meminta saya untuk menjaga kanak-kanak itu untuk sementara waktu. Namun, ketika kanak-kanak perempuan itu sedang memeluk erat, lelaki tersebut telah merentap dengan kasar dan memarahi kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut terpaksa mengikuti lelaki terbabit dalam keadaan tidak rela.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai JKM.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd