Gara-gara Tak Patuh ‘Dress Code’ Restoran Mewah, Pelanggan Disuruh Pakai Kain Pelikat
Dua orang lelaki yang ingin menikmati hidangan di restoran mewah itu diminta untuk memakai kain pelikat kerana tidak mematuhi tatacara pemakaian ditetapkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Berbicara tentang kod pemakaian, ia adalah berbeza mengikut tempat. Contohnya, wanita bukan Islam tidak boleh memakai pakaian seksi dan perlu menutup kepala dengan tudung ketika memasuki masjid.
Kalau di hospital pula, pelawat tidak boleh mengenakan pakaian atau seluar pendek paras atas lutut seperti beberapa kes yang pernah berlaku sebelum ini.
BACA JUGA: “It’s Too Short” M’sian Woman’s Dress Prevented Her From Visiting Dad In Selayang Hospital
BACA JUGA: Dress Code: Visitor Barred From Entering Kuantan Hospital Due To Misunderstanding
Pelanggan Lelaki Diminta Pakai Kain Pelikat Kerana Mengenakan Seluar Pendek Atas Paras Lutut Di Restoran Mewah
Isu kod pemakaian sekali lagi menjadi topik hangat, tetapi kali ini berlaku pula di sebuah restoran mewah di Kuala Lumpur.
Memetik sumber China Press, dua orang pelanggan lelaki tidak dibenarkan memasuki premis restoran mewah itu selepas mereka didapati tidak mematuhi tatacara pemakaian yang ditetapkan. Sebaliknya, mereka memakai seluar pendek.
Oleh disebabkan itu, pihak restoran telah memberikan mereka kain sarung atau kain pelikat yang sering dipakai oleh kaum lelaki terutamanya golongan ayah-ayah ketika berada di rumah.
Selepas sudah memakai kain pelikat sebagai ‘syarat’, barulah mereka dibenarkan untuk menikmati makan malam di restoran mewah berkenaan.
Menurut Ye (bukan nama sebenar), rakannya itu telah membelanjakan lebih dari RM1,000 pembelian baucar untuk makan di restoran mewah dipercayai di Atmosphere 360 terletak di Menara Kuala Lumpur.
Daripada kesemua ahli keluarganya, hanya kod pemakaian rakannya bersama ayahnya sahaja yang tidak dibenarkan manakala pakaian wanita dan kanak-kanak tidak menjadi masalah.
Pada awalnya, mereka mahu membatalkan pembelian dan meminta untuk wang dipulangkan. Tetapi pihak restoran tidak boleh berbuat demikian dan menyebabkan mereka berdua tiada pilihan dan perlu memakai kain sarung tersebut.
Hasil carian kami di laman web Atmosphere 360, restoran mewah ini sudah memaparkan kod pemakaian yang ditetapkan oleh setiap pelanggan lelaki dan juga wanita yang ingin menikmati hidangan di lokasi berkenaan.
Rupanya Ada Pelanggan Lain Yang Pernah Alami Situasi Sama
Ingatkan dua orang pelanggan ini sahaja yang berdepan detik disuruh untuk memakai kain sarung di restoran mewah ini. Rupanya, ada pelanggan lain juga pernah melalui situasi sama.
Ada yang melihat pemakaian kain sarung ini sebagai salah satu pengalaman menghiburkan bagi mereka. Namun, ada juga menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Tatacara Pemakaian Untuk Menikmati Hidangan Di Restoran Mewah
Kod pemakaian di sesetengah restoran mewah ditetapkan kepada pelanggan mereka bagi mengekalkan status atau ‘kelas’ mereka.
Bagi golongan lelaki, pakaian yang sesuai dipakai ke restoran mewah adalah seperti berikut:
Manakala untuk wanita pula, mungkin boleh mengambil inspirasi pemakaian dari beberapa orang wanita di bawah:
BACA JUGA: 5 Lokasi Eksklusif Sekitar Lembah Klang Untuk ‘High Tea’
BACA JUGA: Ini 8 Restoran Romantis Untuk Sambut Valentine’s Day Di Sekitar Lembah Klang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.