Now Reading
Budak 11 Tahun Dirogol Bergilir-gilir Oleh 7 Lelaki, Adik Saksi Kejadian

Budak 11 Tahun Dirogol Bergilir-gilir Oleh 7 Lelaki, Adik Saksi Kejadian

Kesemua suspek merupakan rakan kepada abang mangsa dan enam daripadanya adalah adik-beradik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh tujuh orang lelaki di Kampung Pahat Luar, Gerik, Perak pada 3 November lalu.

Menerusi siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ketujuh-tujuh suspek merupakan rakan kepada abang mangsa dan enam daripadanya adalah adik-beradik.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Zulkifli Mahmood, hasil siasatan awal mendapati insiden terbabit telah disaksikan oleh adik mangsa yang berusia sembilan tahun.

Kata beliau, pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut pada Isnin lalu (21 November) jam 9.26 malam daripada ibu mangsa yang berusia 36 tahun.

“Ibu kepada mangsa telah diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuan mereka telah dirogol,” jelasnya.


Rakan Abang Rogol Mangsa Dalam Bilik Rumah Jiran

Kenyataan dari pihak polis turut memaklumkan bahawa siasatan lanjut mendapati saksi melihat tujuh orang rakan abangnya yang berusia sekitar 13 hingga 31 tahun sedang merogol mangsa di dalam bilik rumah jiran bersebelahan.

Dalam pada itu, adik mangsa juga berkata bahawa insiden sebegitu telah kerap kali berlaku terhadap kakaknya yang tidak bersekolah pada ketika ini.


Ujian Saringan Air Kencing Negatif

Zulkifli Mahmood menjelaskan bahawa sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Gerik telah menahan kesemua suspek pada awal pagi kelmarin (21 November) jam 1.51 pagi.

Susulan itu, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas semua suspek adalah negatif dan bebas daripada pengaruh dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (rogol berkumpulan) manakala semua suspek direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 November akan datang.

Sumber: Facebook Polis Daerah Gerik
Sumber: Facebook Polis Daerah Gerik

Baca Artikel Berkaitan: Kes Wanita Dirogol Berkumpulan, Lelaki Sanggup ‘Gadai’ Maruah Adik Ipar Untuk Bayar Hutang Rakan

Baca Artikel Berkaitan: Bomoh Rogol Pelajar 16 Tahun Sebanyak 4 Kali Dengan Alasan Nak Buang ‘Pendamping’

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Tingkatan 3 Diperkosa 2 Warga Asing Sebelum Ditinggalkan Di Taman Permainan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd