Kes Wanita Dirogol Berkumpulan, Lelaki Sanggup ‘Gadai’ Maruah Adik Ipar Untuk Bayar Hutang Rakan
Kes rogol bergilir-gilir di Wangsa Maju oleh lima suspek berpunca daripada abang ipar yang mahu melangsaikan hutang bersama rakannya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang seorang wanita yang telah diperkosa secara bergilir-gilir oleh lima orang suspek dalam sebuah kediaman berlokasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Insiden ini telah dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.30 pagi pada 30 Ogos 2023.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Muhammad Nuraffiq Untuk Bantu Siasatan Kes Rogol Wanita Bergilir-gilir Di Wangsa Maju
Menurut sumber, pihak polis kini sedang aktif dalam menjejaki suspek yang terlibat termasuk abang ipar kepada wanita itu.
Adik Ipar Dirogol Bergilir-gilir Selepas Tangan Diikat & Mulut Dilekat Pita Pelekat
Memetik laporan pihak polis, mangsa yang berusia 27 tahun itu dipercayai sedang tidur di dalam rumah sebelum tersedar mulutnya telah ditutup oleh salah seorang daripada lima lelaki tersebut.
Sebelum wanita ini dirogol secara berkumpulan, suspek bertindak untuk mengikat kedua-dua belah tangan dan melekatkan pita pelekat pada mulutnya agar dia tidak terlepas.
Lebih menjijikkan lagi adalah apabila suspek bertindak untuk merakam kejadian itu.
Abang Ipar Hutang Dengan Rakan-rakan Punca Insiden Keji Ini Terjadi
Terbaharu, pihak polis berjaya menahan abang ipar mangsa pada Sabtu lalu (2 September) jam 9.30 malam di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan sedang direman selama enam hari sehingga 8 September.
Mengulas lanjut, hasil siasatan polis mendapati kes rogol bergilir-gilir terbabit berpunca daripada abang ipar kepada mangsa yang mempunyai hutang bersama rakannya iaitu salah seorang suspek yang masih dalam buruan.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah, abang ipar yang berumur 26 tahun tersebut telah mengubungi mangsa terlebih dahulu untuk tidak mengunci pintu rumah hingga menyebabkannya diserang oleh kelima-lima suspek ketika wanita berkenaan sedang tidur.
Memetik kenyataan yang dikeluarkan semalam (5 September), siasatan dijalankan berdasarkan Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (Rogol berkumpulan).
PDRM Sedang Buru 4 Lagi Suspek Yang Terlibat
Dalam pada itu, polis kini sedang giat mencari empat lagi suspek yang terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan dengan lebih lanjut.
Pihak polis menyeru bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes ini untuk tampil memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau Hotline Polis 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran anda.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Butler’ Hotel 5 Bintang Di Maldives Didakwa Rogol Pelancong China & Masih Belum Ditangkap
Baca Artikel Berkaitan: Guru Mengaji 74 Tahun Didakwa Rogol Dua Beradik Di Pulau Pinang
Sumber: Harian Metro
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.