Now Reading
Guru Mengaji 74 Tahun Didakwa Rogol Dua Beradik Di Pulau Pinang

Guru Mengaji 74 Tahun Didakwa Rogol Dua Beradik Di Pulau Pinang

Lelaki warga emas ini didakwa melakukan amang seksual dan merogol dua kanak-kanak perempuan di sebuah rumah di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

warga emas didakwa atas pertuduhan merogol

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Di Malaysia, kes jenayah rogol kerap kali dilaporkan berlaku dan agak merisaukan apabila ianya sering melibatkan golongan kanak-kanak bawah umur.

Terbaharu, seorang lelaki warga emas dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen atas dakwaan terlibat dalam 10 pertuduhan merogol dan tujuh kes melakukan amang seksual secara fizikal kepada dua adik-beradik perempuan.

Menurut laporan MalayMail, warga emas berkenaan iaitu Ashaari Ibrahim berusia 74 tahun yang juga merupakan guru mengaji al-Quran didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di sebuah rumah di Seberang Perai Tengah pada Januari 2014 hingga Mac 2021.

Di Mahkamah Sesyen 2, tertuduh dihadapkan dengan enam pertuduhan iaitu tiga kes merogol dan tiga lagi kes melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di antara 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020.

Sumber: Malay Mail

Warga emas tersebut didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) (e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika disabitkan bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

11 lagi pertuduhan merogol dan amang seksual terhadap kanak-kanak lain

Sementara itu, pesalah berkenaan didakwa dengan 11 lagi pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan kakak kepada mangsa pertuduhan pertama.

Pertuduhan tersebut dipercayai berlaku di lokasi sama antara 1 Januari 2014 hingga Mac 2021.

Bagi pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dipercayai telah merogol lebih 10 lagi kanak-kanak sebagai mangsanya.

Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syeqal Che Murat dihadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Noor Aini kemudiannya menangguhkan kes sehingga 29 Julai bagi serahan dokumen serta lantikan peguam untuk tertuduh.

BACA JUGA: Rogol 13 Pelajar, 8 Hamil. Guru Agama Dihukum Gantung Sampai Mati


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd