Rogol 13 Pelajar, 8 Hamil. Guru Agama Dihukum Gantung Sampai Mati
Seorang guru agama dijatuhkan hukuman mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Bandung, Indonesia kerana disabitkan kesalahan merogol 13 pelajarnya sehingga hamil dan melahirkan anak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Terbaharu, satu kes di mana melibatkan 13 orang pelajar dan seorang bekas guru agama telah dibahaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Bandung.
New York Post melaporkan bahawa suspek, Herry Wirawan, 36, dijatuhi hukuman mati di atas kesalahan merogol 13 gadis di sebuah sekolah agama.
Mahkamah Indonesia membenarkan rayuan Pendakwa Raya untuk hukuman mati selepas suspek pada mulanya menerima hukuman penjara seumur hidup.
Selepas menerima rayuan yang dikemukakan Pendakwa Raya, maka Mahkamah Tinggi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap Herry.
Ketua Hakim, Herri Swantoro.
Selepas suspek dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah di kota Bandung pada Februari, Pendakwa Raya yang meminta hukuman mati telah memfailkan rayuan.
Ira Mambo, peguam Herry, enggan mengulas sama ada akan ada rayuan atau tidak – dengan alasan perlu menunggu keputusan penuh daripada pihak mahkamah.
Rogol 13 Gadis, 8 Hamil.

Menurut rekod kes, Herry melakukan perbuatan terkutuk itu sekitar tahun 2016 hingga 2021. Dia telah merogol kesemua 13 gadis yang berumur antara 12 hingga 16 tahun dan menghamilkan lapan daripada mangsanya.
Pegawai Indonesia, termasuk menteri perlindungan kanak-kanak negara itu juga menyokong gesaan untuk hukuman mati.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indonesia menentang hukuman mati berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak wajar.
Indonesia, negara majoriti Islam terbesar di dunia – mempunyai puluhan ribu sekolah agama berasrama penuh dan sekolah agama lain yang menyediakan medium buat anak-anak keluarga miskin memperoleh pendidikan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.