Gadis Tingkatan 3 Diperkosa 2 Warga Asing Sebelum Ditinggalkan Di Taman Permainan
Abang kepada mangsa telah menemui gadis itu kira-kira jam 2 hingga 3 pagi di sebuah taman permainan Batu Berendam yang telah ditinggalkan oleh kedua-dua warga asing itu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes rogol boleh dilihat semakin menjadi-jadi di Malaysia. Kadangkala, rasa tidak selamat apabila hendak keluar rumah, lebih-lebih lagi ketika berseorangan.
Oleh itu bagi para wanita di luar sana, kalau boleh elakkan berjalan seorang diri. Jika di luar pada waktu malam, adalah lebih selamat jika bawa seseorang untuk menemani anda.
Paling penting adalah jangan mudah mempercayai individu yang baru dikenali bagi menjamin keselamatan diri.
Gadis Tingkatan 3 Diperkosa Oleh 2 Orang Warga Asing Yang Baru Saja Dikenali
Pada Jumaat lalu (15 September), seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan telah diperkosa oleh dua warga asing.
Menurut laporan Kosmo, gadis ini yang baru sahaja mengenali dua lelaki berkenaan telah dibawa bersiar-siar di sekitar kawasan Klebang, Melaka sebelum menjadi mangsa kerakusan mereka.
Berasa musykil dengan kehilangan adik yang masih tidak pulang ke rumah, abang kepada mangsa telah menemui gadis itu kira-kira jam 2 hingga 3 pagi di sebuah taman permainan di Batu Berendam selepas ditinggalkan oleh kedua-dua warga asing itu.
Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, abang kepada mangsa telah melaporkan insiden ini pada hari yang sama di Balai Polis Batang Tiga.
Mangsa Baru Kenal Suspek, Dirogol Dalam Kereta
Hasil siasatan polis mendapati gadis tersebut telah keluar daripada rumahnya sekitar jam dua petang pada 14 September lalu untuk berjalan-jalan bersama seorang warga asing yang berumur 14 tahun.
Tambah beliau, suspek pertama tersebut telah membawa mangsa berjumpa dengan suspek kedua berumur 27 tahun di sebuah restoran di Klebang dengan menaiki motosikal pada jam 4 petang.
Seterusnya, mangsa telah diperkosa oleh kedua-dua warga asing itu di dalam kereta Proton Preve semasa bersiar-siar di tepi pantai kawasan Klebang.
2 Warga Asing Telah Ditahan Oleh Pihak Polis Untuk Tindakan Lanjut
Susulan itu, hasil pemeriksaan pakar perubatan di Hospital Melaka mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.
Berjaya mengesan kedua-dua suspek, pihak polis telah menahan kedua-dua suspek pada hari yang sama insiden terjadi dan telah direman selama tujuh hari bermula 15 September hingga 21 September nanti.
Kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana tindakan merogol.
Suspek boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Wanita Dirogol Berkumpulan, Lelaki Sanggup ‘Gadai’ Maruah Adik Ipar Untuk Bayar Hutang Rakan
Baca Artikel Berkaitan: ‘Butler’ Hotel 5 Bintang Di Maldives Didakwa Rogol Pelancong China & Masih Belum Ditangkap
Baca Artikel Berkaitan: Guru Mengaji 74 Tahun Didakwa Rogol Dua Beradik Di Pulau Pinang
Sumber: Kosmo
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram