Now Reading
[Video] Nurul Ain & Suami Selamat Tiba Di Malaysia, Dedah Keadaan Pilu Di Palestin

[Video] Nurul Ain & Suami Selamat Tiba Di Malaysia, Dedah Keadaan Pilu Di Palestin

Nurul Ain Haron memberitahu bahawa peperangan yang berlaku di Palestin kali ini lebih teruk berbanding semasa tahun 2014.

nurul ain rakyat malaysia palestin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada malam semalam (14 November), seorang rakyat Malaysia yang terperangkap di Gaza iaitu Nurul Ain Haron, 37, bersama suaminya Mohamed A.M. Shaat, 33, dilaporkan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kepulangan mereka berdua disambut oleh orang ramai bersama ahli keluarga dan para media di pintu keluar bahagian balai ketibaan.

Suasana pilu dilihat menyelebungi KLIA apabila Nurul Ain berpelukan buat kali pertama dengan bapanya, Haron Hamim, 65, selepas terperangkap di Semenanjung Gaza berikutan konflik Palestin-Israel.


Nurul Ain Dedah Situasi Dialami Semasa Di Gaza

Memetik sumber Harian Metro, Nurul Ain memberitahu bahawa dia dan suami pada mulanya tidak mahu keluar dari Gaza.

Namun, keadaan yang terlalu teruk di sana membuatkan mereka terpaksa berbuat demikian bagi membolehkan suaminya bekerja bagi menyara keluarga.

Jelasnya lagi, konflik yang berlaku adalah lebih teruk berbanding semasa tahun 2014.

Alhamdullilah saya dan suami selamat tiba di sini (Malaysia). Kali pertama, saya dan suami tak nak keluar (dari Gaza) kerana keluarga (suami) di sana. Namun, keadaan teruk yang luar biasa lebih dari 2014 menyebabkan kami kena keluar memandangkan suami perlu bekerja sebab nak sara keluarga.

Nurul Ain Haron.
Sumber: TVS

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram (@SinarHarian) pula, Nurul Ain menceritakan keadaan yang berlaku di Palestin sambil menahan sebak ketika ditemui oleh para wartawan bertugas.

Wanita tersebut mendedahkan pasukan bantuan tidak mempunyai bekalan makanan dan selimut untuk diberikan kepada penduduk Palestin.

Even kalau saya ada dekat sana sekali pun, tak ada stok. Tak ada stok makanan, tak ada stok selimut. Sebab orang lain tak rasa apa yang saya rasa.

Nurul Ain Haron.

Lebih memilukan lagi, Nurul Ain memberitahu bahawa keluarga yang pernah memasakkan hidangan untuk mereka ketika peperangan berlaku juga syahid akibat penindasan rejim Zionis.

Sumber: Harian Metro

Dalam ahli keluarga sendiri, ada yang syahid tiga hari sebelum dia masakkan untuk kami and after that kita dapat tahu yang rumah dia dibom oleh lapan missile. Bukan satu atau dua tapi lapan. Hancur. Muka dia pun dah tak nampak.

Nurul Ain Haron.

Meskipun sedang menceritakan tentang keperitan kehidupan yang dilalui di Palestin, namun Nurul Ain tetap mengucapkan pujian kepada Allah SWT dengan ucapan ‘Subhanallah’ dan ‘Alhamdulillah’.

Nurul Ain turut berterima kasih kepada Duta Malaysia di Kaherah, Duta Malaysia di Qatar, pihak Wisma Putra dan Kementerian Luar Negeri kerana membantu urusan perjalanan mereka untuk pulang ke Malaysia.


Rakyat Malaysia Terperangkap Di Semenanjung Gaza Ketika Peperangan Di Palestin

Untuk info, Nurul Ain yang berasal dari Keramat Kuala Lumpur telah berkahwin dengan suaminya sejak enam tahun yang lalu dan mengambil keputusan untuk pulang ke Gaza pada 1 Oktober lalu selepas sembilan tahun.

Malah, ia juga merupakan detik pertama kali Ain berjumpa dengan keluarga mentuanya sejak mereka mendirikan rumah tangga.

Pasangan tersebut yang tinggal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijadualkan meninggalkan Gaza pada 25 Oktober yang lalu melalui sempadan Rafah menuju ke Mesir sebelum menaiki penerbangan ke UAE pada hari berikutnya.

Namun, mereka terkandas di Khan Younis akibat peperangan antara Pejuang Hamas dan Tentera Zionis.

Nurul Ain dan suaminya telah berlepas ke Malaysia pada malam Isnin lalu (13 November 2023) melalui sempadan Rafah pada 13 November jam 2.23 pagi waktu Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Nurul Ain & Suami Berjaya Keluar Dari Semenanjung Gaza

Baca Artikel Berkaitan: “Tolong Sensitif Sikit” – Warga Malaysia Di Palestin Kecewa Orang Hubungi Untuk Dengar Bunyi Bom


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd