Now Reading
Selangor, Perlis, Perak & 9 Negeri Perlu Waspada Amaran Ribut Petir Hingga 7 Malam Ini

Selangor, Perlis, Perak & 9 Negeri Perlu Waspada Amaran Ribut Petir Hingga 7 Malam Ini

MetMalaysia memberi makluman tentang luruan monsun yang dijangka berlaku pada 16 sehingga 20 November 2023 berdasarkan analisis model-model cuaca.

hujan lebat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, musim tengkujuh melibatkan Monsun Timur Laut (MTL) di Malaysia akan bermula sekitar 11 November sehingga Mac tahun hadapan.

Dalam tempoh ini, hujan lebat akan turun dengan lebih kerap berbanding kebiasaannya.

Antara negeri yang dijangka kerap menerima taburan hujan lebat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.


Amaran Ribut Dikeluarkan Hampir Semua Negeri Di Malaysia

Dalam ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @metmalaysia), Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan negeri sekitar Malaysia.

Amaran tersebut dikeluarkan pada jam 2:00 petang hari ini (15 November) dan dikemaskini semula pada jam 4:10 petang.

MetMalaysia menjangkakan cuaca tersebut akan berterusan sehingga jam 7:00 malam ini.

Antara negeri yang perlu bersedia dengan cuaca berkenaan adalah:

  • Perlis
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang)
  • Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman)
  • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan)
  • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)
  • Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Tampin)
  • Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
  • Sarawak (Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri)
  • Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawai dan Sandakan)

MetMalaysia Beri Makluman Tentang Luruan Monsun Dari 16 Sehingga 20 November 2023

Dalam ciapan yang berlainan, MetMalaysia memberi makluman tentang luruan monsun yang dijangka berlaku pada 16 sehingga 20 November 2023 berdasarkan analisis model-model cuaca.

Susulan itu, ia berpotensi untuk memberi peningkatan kepada tahap kelembapan sehingga membawa kepada hujan lebat berterusan di pantai timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah.

Dalam pada itu, MetMalaysia juga mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan kategori Waspada bermula dari 16 sehingga 18 November 2023 melibatkan negeri di Kelantan dan Terengganu.

Bagi negeri Pahang dan Sabah pula, amaran berkenaan berkuat kuasa pada 17 sehingga 19 November 2023.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang turut berkuat kuasa pada 16 sehingga 19 November 2023.

Jabatan Meteorologi Malaysia.

Bagi negeri-negeri di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, dijangka hujan berserta ribut petir berlaku pada sebelah petang.

Oleh itu, MetMalaysia menasihati orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web mereka dan media sosial rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini melibatkan ramalan cuaca seharian.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd