Now Reading
Singapura Larang Pakaian Atau Simbol Berkaitan Perang Palestin-Israel

Singapura Larang Pakaian Atau Simbol Berkaitan Perang Palestin-Israel

Kementerian Dalam Negeri berkata pemakaian orang awam di Singapura yang mempunyai logo atau simbol peperangan Palestin-Israel boleh dikenakan hukuman penjara atau denda.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terkini, memakai atau menayangkan logo berkaitan peperangan Palestin-Israel secara umum di Singapura tanpa permit adalah dikategorikan sebagai satu kesalahan.

Kementerian Dalam Negeri (MHA) dalam satu amaran telah memperjelaskan bahawa sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan.

Bukan itu sahaja, mereka juga boleh berdepan dengan denda sehingga SGD$500 (RM1,722) di bawah Akta Logo Kebangsaan Asing (Kawalan dan Paparan) 1949.

Undang-undang yang dikuat kuasa itu merangkumi semua logo kebangsaan termasuklah bendera dan kain rentang mana-mana negara (Palestin atau Israel).


Pelancong Asing Boleh Dihalang Masuk Singapura Jika Pakai Simbol Peperangan Palestin-Israel

Pelaksanaan undang-undang tersebut bukan sahaja tertakhluk kepada rakyat tempatan malah pelancong asing yang memakai logo seumpamanya juga boleh dinafikan kemasukan ke Singapura.

Pihak MHA ambil maklum bahawa pakaian dan barangan yang memaparkan simbol atau logo berkaitan perang tersebut sedang giat dijual, dipakai serta ditayangkan oleh orang awam.

Menerusi akhbar The Straits Times, MHA mendapati barangan sedemikian yang menyokong kedua-dua pihak itu telah pun dijual dalam talian menerusi pelbagai platform media sosial dan laman sesawang e-dagang.

Susulan itu, MHA menasihatkan orang awam untuk tidak menayangkan atau memakai barangan berkaitan konflik berkenaan kerana ia merupakan satu isu yang mempengaruhi emosi seseorang.


Salurkan Dana Bantuan Kemanusiaan Kepada Pihak Bertanggungjawab

MHA dalam masa sama memaklumkan bahawa orang ramai yang ingin membantu mangsa terlibat dalam pergolakan itu boleh menyalurkan sumbangan kepada pihak bertanggungjawab bagi tujuan bantuan kemanusiaan.

Selain itu, Parti Tindakan Rakyat (PAP), Parti Pekerja (WP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) turut mengutuk kekejaman terhadap orang awam dalam perang Israel-Palestin.


Perhimpunan Mengenai Perang Palestin-Israel Dilarang

Selanjutnya, sebarang perhimpunan di Sudut Penceramah berhubung isu solidariti peperangan Israel-Palestin juga menyalahi undang-undang dan dilarang sama sekali.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Muhammad Faishal Ibrahim dalam ucapannya di Parlimen berkata, tujuh permohonan seumpamanya (perhimpunan) di Sudut Penceramah Hong Lim Park telah ditolak dalam tempoh tiga tahun ini.


Situasi Semasa Peperangan Di Palestin

Hari ini (7 November), mencatatkan genap sebulan pergolakan antara pejuang Palestin dan tentera Zionis di Gaza.

Susulan serangan dan penindasan oleh pihak musuh, jumlah mangsa terkorban telah pun menghampiri 10,000 orang iaitu separuh daripadanya adalah para wanita dan kanak-kanak.

Memetik sumber Astro Awani, seramai 88 petugas agensi perlarian Palestin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (UNRWA) dilaporkan terbunuh disebabkan serangan udara rejim Zionis sejak 7 Oktober lalu.

Untuk makluman semua, hospital terbesar di Semenanjung Gaza pula iaitu Hospital Al-Shifa juga hampir lumpuh sepenuhnya ekoran kekurangan bekalan minyak untuk menghidupkan ‘generator’.

Sumber: Al Jazeera

Baca Artikel Berkaitan: “Angka Kematian Akan Meningkat” – UNICEF Seru Gencatan Senjata Dengan Kadar Segera

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Tidak Akan Berlaku” – Netanyahu Tolak Seruan Gencatan Senjata Di Gaza

Baca Artikel Berkaitan: Israel ‘Tunduk’ Arahan Amerika Syarikat, Diminta Tangguh Serangan Darat Guna Kereta Kebal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd