Now Reading
Penjawat Awam Sambut Deepavali Dapat Cuti Tanpa Rekod Pada Selasa, 14 November

Penjawat Awam Sambut Deepavali Dapat Cuti Tanpa Rekod Pada Selasa, 14 November

Cuti Tanpa Rekod itu adalah bertujuan untuk memberi lebih ruang kepada pegawai perkhidmatan awam beragama Hindu menyambut perayaan Deepavali bersama ahli keluarga.

deepavali

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, perayaan Deepavali yang disambut oleh penganut agama Hindu pada tahun ini jatuh pada hari Ahad (12 November) dan cuti umum akan diberi pada keesokan harinya iaitu Isnin (13 November).

Walau bagaimanapun bagi pegawai perkhidmatan awam beragama Hindu yang tinggal di negeri di mana hari kelepasan mingguan adalah pada hari Ahad, cuti umum mereka akan dibawa ke hari Selasa (14 November).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed memaklumkan pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan cuti tanpa rekod pada hari Selasa tersebut kepada kakitangan awam yang menyambut Deepavali.

Cuti umum tambahan yang diberikan itu adalah bertujuan untuk memberi lebih ruang dan masa kepada pegawai menyambut perayaan bersama ahli keluarga.

Peraturan ini telah dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR 5.3.6 dan Cuti Tanpa Rekod ini terpakai kepada semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak.

Untuk info, Hari Deepavali tidak dikira sebagai Hari Kelepasan Am di negeri Sarawak.

Walau bagaimanapun, Cuti Tanpa Rekod ini terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja dan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya sekiranya Cuti Tanpa Rekod jatuh pada Hari Kelepasan Am atau Hari Kelepasan Mingguan.

Kerajaan pada 3 November 2023 telah bersetuju untuk memberi pengecualian bagi tahun 2023 di mana Cuti Tanpa Rekod sempena perayaan Deepavali yang jatuh pada 13 November 2023 (Isnin) akan dibawa ke 14 November 2023 (Selasa) bagi negeri-negeri yang Hari Kelepasan Mingguannya adalah hari Ahad.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Deepavali

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Jabatan Pekhidmatan Awam berkaitan kemudahan cuti versi 1.0 (2022), kerajaan telah memperuntukkan cuti tanpa rekod Perayaan Hari Deepavali kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menganut agama Hindu.

Kelayakan Cuti Tanpa Rekod bagi perayaan Deepavali telah diperuntukkan melalui Surat Edaran JPA.SARAAN(S) 43/35 Jld.8 (10) bertarikh 5 November 2018: Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Deepavali Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Hindu.

Pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Hindu diberikan kemudahan
cuti tanpa rekod selama satu hari bagi perayaan Hari Deepavali.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd