PDRM Bakal Tingkatkan Kawalan Keselamatan Anwar Ibrahim
Perdana Menteri telah menerima jumlah ugutan yang banyak daripada beberapa negara Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Israel.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (24 Oktober), program Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil yang dianjurkan telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat.
Selain daripada lebih 16,000 orang menyertai perhimpunan aman itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja pulang daripada lawatan Turkiye dan Mesir juga telah turun padang bagi menunjukkan soladariti bersama para pejuang Gaza.
Ketika himpunan itu, Anwar telah mendedahkan dirinya telah menerima banyak ugutan daripada beberapa negara Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Israel kerana lantang bersuara tentang isu Palestin.
Baca Artikel Berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PMX Dedah Terima Ugutan Dari Negara Barat, Namun Bertegas Akan Terus Pertahan Palestin
PDRM Tingkatkan Kawalan Keselamatan Perdana Menteri
Susulan berita Anwar menerima jumlah ugutan yang banyak, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi jaminan bahawa kawalan keselamatan Perdana Menteri bakal dipertingkatkan.
Jelas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap perkara itu.
“Kawalan keselamatan terhadap Perdana Menteri menjadi keutamaan kita,” tegas beliau.
Beliau turut menjelaskan bahawa ugutan terbabit mungkin melibatkan soal ekonomi atau sektor lain seperti eksport negara.
Kenyataan itu telah dikeluarkan oleh Razarudin Husain ketika diminta mengulas tentang pendedahan Anwar menerima banyak ugutan dari negara luar susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Anwar Tidak Akan Berhenti Bersuara Tentang Isu Palestin
Anwar dalam masa sama berkata bahawa Malaysia akan kekal bersuara dan tetap dengan pendirian iaitu mempertahankan kebebasan negara serta memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.
Terdahulu, Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada malam semalam telah disertai rakyat daripada pelbagai latar belakang, bangsa, serta agama.
Kita hanya menuntut rakyat Palestin dilayan sebagai manusia! Tidak lebih, tidak kurang!
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 25, 2023
Selama ini Barat begitu bingit bercakap soal demokrasi, hak asasi dan kemanusiaan tetapi hari ini bisu apabila Israel rakus menzalimi Palestin.
Barat perlu hentikan kemunafikan ini.… pic.twitter.com/6MR5owgG1n
Perhimpunan aman yang dipenuhi oleh ribuan warga Malaysia itu menunjukkan semangat orang ramai dalam menunjukkan sokongan penuh kepada saudara seperjuangan di Palestin.
Menurut Razarudin Husain, himpunan yang membabitkan lebih 300 anggota polis itu telah berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal.

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Anjur Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin Esok, PM Anwar Seru Orang Ramai Turut Serta
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Generasi Muda Buat Protes Digital, Sokong Palestin Di Roblox. Siap Ada Sepanduk & Laungan Takbir!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram