Now Reading
Bomoh Cabul Pelajar Dalam Semak Mengaku Bersalah

Bomoh Cabul Pelajar Dalam Semak Mengaku Bersalah

Jurulatih Muay Thai tersebut mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal kepada seorang remaja berusia 16 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, seorang pelajar perempuan dilaporkan dirogol sebanyak empat kali oleh seorang bomoh yang pada awalnya mahu mengubati gangguan sihir di badan ibu saudara.

Namun ketika berada di rumah untuk berubat, suspek yang mendakwa dirinya mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan tradisional berkata dia terlihat ‘pendamping’ pada badan si mangsa.

Selepas ditinggalkan bersendirian oleh ibu dan bapa saudaranya, suspek dilaporkan telah merogol mangsa beberapa kali di kawasan semak yang terletak di sekitar Cheng, Melaka.

Baca Artikel Berkaitan: Bomoh Rogol Pelajar 16 Tahun Sebanyak 4 Kali Dengan Alasan Nak Buang ‘Pendamping’


Bomoh Cabul Remaja Perempuan Mengaku Bersalah

Semalam (19 Oktober), seorang jurulatih Muay Thai mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal kepada seorang remaja berusia 16 tahun.

Tertuduh, Zemi Rahim, 50, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Selanjutnya, kesalahan itu didakwa dilakukan oleh lelaki tersebut di kawasan semak di Jalan Taman Malim Jaya dan perindustrian berdekatan sebuah pasar raya di Cheng antara bulan September hingga 9 Oktober lalu.


Tertuduh Boleh Dihukum Penjara Sehingga 20 Tahun & Sebat

Susulan itu, Zemi Rahim telah didakwa bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan terhadapnya.

Mahkamah bagaimanapun telah menangguhkan prosiding dan hukuman kepada 3 November selepas dimohon oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim bertujuan menyediakan fakta tentang kes terbabit.

Namun begitu, pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap individu yang tidak diwakili peguam bela.

Sumber: Sinar Harian

Baca Artikel Berkaitan: Kes Wanita Dirogol Berkumpulan, Lelaki Sanggup ‘Gadai’ Maruah Adik Ipar Untuk Bayar Hutang Rakan

Baca Artikel Berkaitan: Guru Mengaji 74 Tahun Didakwa Rogol Dua Beradik Di Pulau Pinang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd