Now Reading
Kerajaan Bakal Perkenal Kad ID Khas Untuk Beli Minyak Masak Paket Mulai Tahun Depan

Kerajaan Bakal Perkenal Kad ID Khas Untuk Beli Minyak Masak Paket Mulai Tahun Depan

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Kad ID khas bakal diperkenalkan bermula tahun hadapan agar minyak masak bersubsidi boleh dibeli oleh golongan B40, M40 dan usahawan mikro sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kos sara hidup yang semakin meningkat telah menyebabkan para pembeli berasa risau dan menghadapi kesukaran untuk menampung diri sendiri dan ahli keluarga.

Harga barangan yang semakin mahal bukan sahaja memberi kesan kepada golongan B40, malah mereka yang datang daripada kumpulan M40 juga terasa bebannya.

Kalau dahulu, beli barangan sejumlah RM250 mesti akan penuh satu troli di pasar raya, namun sekarang tidak lagi.


Kerajaan Bakal Perkenal Kad ID Khas Untuk Beli Minyak Masak Paket

Terbaharu, ekoran daripada peningkatan harga minyak masak selain isu kekurangan stok, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal mengehadkan pembelian minyak masak paket kepada mereka yang mempunyai kad ID khas serta disahkan sahaja.

Usaha yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan walau bagaimanapun telah membuatkan pembeli tertanya-tanya mengapa kerajaan tidak menggunakan sistem sedia ada seperti kad pengenalan (IC) atau MySejahtera.

Menjawab kepada persoalan tersebut, Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata keperluan minyak masak paket bagi sebuah keluarga tidak sama dengan keperluan peniaga mikro.

“Sekiranya pembelian dihadkan kepada 3 atau 5 kilogram, peniaga akan berhadapan bermasalah,” tambah beliau.


Elak Golongan Bukan Sasaran Membeli Minyak Masak Paket Bersubsidi

Menurut Fuziah, inisiatif ini bertujuan bagi memastikan subsidi minyak tersebut hanya dibeli oleh kumpulan sasaran sahaja dan bukannya kepada mereka yang tidak layak termasuk warga asing.

Walaupun jumlah minyak masak bersubsidi dikeluarkan sebanyak 60 juta paket setiap bulan, namun kerajaan sering mendapat aduan tentang barang asas berkenaan selalu habis di pasaran dan tidak dapat dibeli oleh golongan sepatutnya.

Terdahulu, Fuziah telah memaklumkan bahawa kerajaan akan mensasarkan pembelian minyak masak paket kepada 5.8 juta isi rumah yang terdiri daripada golongan M40 dan B40 sahaja.

Bukan itu sahaja, kementerian juga bakal menambah kira-kira satu juta pengguna dalam golongan usahawan mikro yang memerlukan barang asas seperti peniaga ayam goreng, pisang goreng dan keropok lekor.


5 Tips Jimat Penggunaan Minyak Masak Yang Anda Perlu Tahu

Di sini kami kongsikan beberapa petua yang anda boleh cuba bagi memastikan minyak masak yang digunakan boleh tahan lama. Antaranya:

  • Pastikan suhu minyak antara 180 hingga 190 darjah celcius sahaja sekiranya masak menggunakan kaedah ‘deep fry’.
  • Terus memadamkan api selepas selesai menggoreng.
  • Menapis segala sisa makanan dalam kuali selepas menggoreng sesuatu.
  • Menyimpan minyak dalam bekas kedap udara.
  • Minyak masak yang sudah diguna boleh disimpan di dalam peti sejuk beku.
Sumber: Malay Mail/ Pexels

Risiko Pakai Minyak Masak Lebih 3 Kali

Namun harus diingatkan bahawa minyak masak tidak boleh digunakan melebihi 3 kali. Ini bagi mengelakkan sebarang penyakit atau komplikasi seperti jantung dan kanser.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Harga Maksimum Minyak Masak Akan Diperkenal – Annuar Musa

Baca Artikel Berkaitan: Harga Minyak Masak Botol Turun Lagi Mulai Sabtu Ini, 8 Oktober

Baca Artikel Berkaitan: Ada Minyak Masak Terpakai Di Rumah? Jom Hantar Ke 7 Lokasi Kitar Semula Ini

Sumber: Berita Harian | My Sumber


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd