Now Reading
Ada Minyak Masak Terpakai Di Rumah? Jom Hantar Ke 7 Lokasi Kitar Semula Ini

Ada Minyak Masak Terpakai Di Rumah? Jom Hantar Ke 7 Lokasi Kitar Semula Ini

Arus Oil dan Alam Flora Buy Back Centre merupakan salah satu perkhidmatan yang akan membeli dan mengitar semula minyak masak terpakai anda di rumah.

Ada Minyak Masak Terpakai Di Rumah? Jom Hantar Ke 7 Lokasi Kitar Semula Ini

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Boleh dikatakan hampir kesemua menu makanan harian kita memerlukan minyak masak untuk menggoreng. Contohnya nak goreng ayam, masak nasi goreng, buat sambal udang, dan banyak lagi.

Disebabkan minyak masak ini menjadi salah satu keperluan asas masyarakat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) baru-baru ini telah menurunkan harga bekalan minyak masak.

Penurunan harga minyak masak tersebut berkuat kuasa selama satu bulan berkuat kuasa 8 Oktober sehingga 7 November 2022.

BACA JUGA: Harga Minyak Masak Botol Turun Lagi Mulai Sabtu Ini, 8 Oktober

Lokasi Sekitar KL Dan Selangor Untuk Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Ada segelintir individu yang sudah terbiasa membuang sisa baki minyak masak ke dalam sinki dapur.

Sebenarnya perkara itu tidak elok kerana boleh menyebabkan sinki tersumbat serta berlakunya pencemaran sumber air. Bila sinki tersumbat, kita perlu keluarkan kos untuk membaikinya pula.

Jadi apa perlu buat dengan minyak masak terpakai itu? Jom kita hantar ke pusat kitar semula kerana ia lebih mesra alam.

Terdapat tujuh lokasi sekitar Lembah Klang untuk membolehkan anda menghantar minyak masak terpakai. Antaranya:

1. Alam Flora Buy Back Centre

Sumber: GenkiMomma

Di Alam Flora Buy Back Centre, anda boleh memilih sama ada ingin menghantar sendiri minyak masak terpakai atau menggunakan perkhidmatan ‘pick-up’ dikenali sebagai 3R on Wheels (3RoW).

Perkhidmatan kutipan ini hanya meliputi kawasan sekitar Lembah Klang dah juga Pahang sahaja buat masa sekarang. Kadar jualan minyak masak terpakai pula adalah RM1.10 untuk setiap satu kilogram.

Lokasi: Jalan Bunus 6, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2. Arus Oil

Sumber: IOI Properties

Arus Oil juga menjadi salah satu pilihan orang ramai untuk mengitar semula minyak masak terpakai kerana mereka menawarkan servis kutipan dari pintu ke pintu dengan percuma.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan mereka menjadi lebih mudah dengan adanya aplikasi mereka sendiri. Anda boleh muat turun aplikasi Arus Oil di Apple App Store dan Google Play Store.

Perkhidmatan kutipan ini hanya meliputi kawasan sekitar Lembah Klang dan kadar jualannya pula adalah seperti berikut:

  • RM1.30 bagi lima hingga 10 kilogram
  • RM1.60 bagi 50 kilogram ke bawah
  • RM1.90 bagi 100 kilogram ke bawah
  • RM2.20 bagi 100 kilogram ke atas

3. SS Used Cooking Oil (SSUCO)

Sumber: Facebook/SS Used Cooking Oil

SS Used Cooking Oil (SSUCO) yang merupakan platform pengurusan sisa minyak turut menawarkan perkhidmatan kutipan minyak masak terpakai melebihi lima kilogram dari rumah anda tanpa mengenakan sebarang caj tambahan.

Kawasan kutipan yang ditawarkan oleh mereka hanya terhad kepada penduduk sekitar Lembah Klang sahaja dengan kadar jualan untuk setiap kilogram adalah RM1.50.

Kalau anda mahu menghantar sendiri sisa minyak masak terpakai itu pun boleh juga. Ada dua lokasi iaitu:

  • 11A, Jalan 19/29, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
  • E2-04-03 , Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 10, 63000 Cyberjaya, Selangor.

4. OilIn Malaysia

Sumber: Facebook/OilIn Malaysia

OilIn Malaysia juga menawarkan perkhidmatan yang sama. Namun tiada had minimum yang ditetapkan untuk kitar semula. Kalau anda mahu kitar semula minyak masak terpakai sebanyak tiga kilogram juga tidak menjadi masalah.

Mereka pun boleh ambil sisa minyak masak terpakai anda dari rumah secara percuma.

Perkhidmatan ini disediakan kepada penduduk Lembah Klang dan menawarkan harga jualan seperti berikut:

  • RM1.00 untuk satu kilogram
  • RM1.20/kilogram untuk 10 kilogram ke bawah
  • RM1.40/kilogram untuk lebih daripada 50 kilogram
  • RM1.60/kilogram untuk lebih daripada 100 kilogram

5. Captain Oil

Sumber: CaptainOil.net

Captain Oil merupakan syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan memegang lesen MPOB untuk urusan membeli serta mengendali minyak masak terpakai di Malaysia.

Antara kawasan yang mereka boleh ‘cover’ adalah sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Nilai, Seremban dan Mantin di Negeri Sembilan.

Harga jualan mereka adalah RM1.00 sehingga RM2.50 dengan kadar minimum 10 hingga 15 kilogram.

6. Trash4Cash

Sumber: Vulcan Post

Trash4Cash menawarkan servis pintu ke pintu bagi anda yang ingin mengitar semula barangan termasuklah minyak masak terpakai atau baarangan lain seperti baju, surat khabar, kertas, kaca dan sebagainya.

Perkhidmatan ini ditawarkan di sekitar Lembah Klang, Kedah, Melaka dan juga Perlis dengan kadar jualan seperti berikut:

  • RM1.10/kilogram untuk kurang daripada 20 kilogram
  • RM1.20/kilogram untuk kurang daripada 50 kilogram
  • RM1.40/kilogram untuk lebih daripada 50 kilogram

7. TREE CYCLE Biodiesel

Sumber: Facebook/TREE CYCLE Biodiesel

TREE CYCLE Biodiesel juga boleh datang ‘pick up’ sisa minyak masak terpakai anda di rumah tanpa ssebarang minimum kuantiti.

Pihak mereka akan membeli minyak masak terpakai anda dengan harga RM2.50 bagi setiap satu kilogram untuk menjadikannya sebagai Biodiesel.


Banyak je sebenarnya tempat untuk anda mengitar semula minyak masak terpakai. Kenapa nak buang sisa tersebut kalau kita boleh menggunakannya semula dengan melakukan proses yang betul kan?

Sambil-sambil nak menjaga alam sekitar, kita pun bolehlah dapat sikit duit poket tepi.

BACA JUGA: Ini 5 Petua Jimat Minyak Masak Tanpa Perlu Tukar Baru & Boleh Dipakai Semula


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd