Now Reading
Harga Minyak Masak Botol Turun Lagi Mulai Sabtu Ini, 8 Oktober

Harga Minyak Masak Botol Turun Lagi Mulai Sabtu Ini, 8 Oktober

Harga minyak masak tulen bagi pek botol lima kilogram diturunkan dari RM33.50 kepada RM31.50 bermula 8 Oktober hingga 7 November 2022.

Harga Minyak Masak Botol 5kg Turun Mulai Sabtu Ini, 8 Julai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pengumuman bakal menurunkan harga minyak masak tulen bagi pek botol lima kilogram daripada RM33.50 kepada RM31.50.

Penurunan harga minyak masak tersebut berkuat kuasa selama satu bulan berkuat kuasa Sabtu ini, 8 Oktober sehingga 7 November 2022.

Memetik laporan Berita Harian, penetapan harga baharu ini adalah disebabkan oleh pola penurunan harga purata minyak masak mentah (CPO) pada September lalu.

Sumber: Malay Mail

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi juga memaklumkan penurunan harga minyak masak ini juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Harga minyak masak satu, dua dan tiga kilogram juga dikurangkan

Dalam pada masa sama, harga minyak masak dalam pek botol tiga kilogram juga diturunkan sebanyak RM1.20 iaitu daripada RM21.10 kepada RM19.90.

Bagi pek botol dua kilogram pula, harga dikurangkan sebanyak RM0.80 daripada RM14.30 kepada RM13.50 manakala pek kemasan botol untuk satu kilogram pula turun sebanyak RM0.40 kepada RM7.10 berbanding RM7.50.

Sumber: Malay Mail

Sebelum ini, kerajaan bercadang untuk mewartakan harga minyak masak tulen bagi membendung peniaga daripada mengaut keuntungan secara berlebihan.

BACA JUGA: [Terkini] Harga Maksimum Minyak Masak Akan Diperkenal – Annuar Musa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd