Now Reading
Tambang Feri Pulau Pinang Percuma Selama Sebulan Mulai Hari Ini, 7 Ogos

Tambang Feri Pulau Pinang Percuma Selama Sebulan Mulai Hari Ini, 7 Ogos

Setiap satu perjalanan sehala bagi perkhidmatan feri Pulau Pinang ini akan mengambil masa kira-kira 10 minit dengan tempoh kekerapan sekitar 20 hingga 30 minit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkhidmatan feri merupakan salah satu pengangkutan yang sering digunakan oleh penduduk tempatan dan menjadi tarikan pelancong apabila berkunjung di negeri tersebut.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan feri ikonik tersebut telah dihentikan sejak tahun lalu pada 31 Disember 2020.


Perkhidmatan Feri Baharu Di Pulau Pinang Kini Dibuka Semula Dengan Tambang Percuma Selama Sebulan

Berita gembira kepada penduduk Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia!

Anda kini boleh menggunakan perkhidmatan feri baharu dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) selepas pengangkutan ini akan beroperasi sepenuhnya bermula hari ini (7 Ogos) dari jam 6:00 pagi sehingga 8:30 malam.

Sumber: Buletn TV3

Terdapat empat feri baharu diperkenalkan dengan nama Teluk Bahang, Teluk Kampi, Teluk Duyung dan Teluk Kumbar.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow memaklumkan kesemua feri ini akan melakukan 68 perjalananan dua hala dalam sehari dengan kekerapan pada setiap 20 minit ketika waktu puncak dan 30 minit pada waktu bukan puncak.

Difahamkan, setiap satu perjalanan sehala akan mengambil masa kira-kira 10 minit.

Bukan itu sahaja, ruang menunggu untuk penumpang di terminal yang telah diubah suai juga lebih selesa dengan adanya penghawa dingin, kamera keselamatan dan lif.

Sumber: Facebook Chow Kon Yeow

Susulan pembukaan semula perkhidmatan feri di Pulau Pinang, Chow mengumumkan satu berita gembira apabila kesemua penumpang boleh menikmati perkhidmatan berkenaan secara percuma selama satu bulan bermula hari ini (7 Ogos).

Tawaran percuma yang diberikan sehingga 7 September itu dianggarkan boleh memuatkan seramai 150 penumpang serta 50 motosikal dalam satu masa.

Urusan pembelian tiket feri dijangkakan menjadi lebih mudah kerana penumpang boleh menggunakan sistem tiket elektronik dan e-wallet seperti Touch N Go, DuitNow, QR Pay dan sebagainya.

Sumber: Facebook Chow Kon Yeow

Tempat-tempat Menarik Di Pulau Pinang

Kepada para pelancong yang pertama kali berkunjung ke negeri Pulau Pinang, jom kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa lokasi menarik yang anda boleh lawati setibanya di negeri ini selepas mendarat dari feri.

Antaranya:

  • Taman Tema ESCAPE
    • 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
  • Entopia by Penang Butterfly Farm
    • No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
  • Komtar Penang Skywalk
    • 1, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang.
  • Wonderfood Museum Penang
    • 49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.
  • Penang 3D Trick Art Museum
    • 10, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan: Komtar Penang Skywalk & 4 Tarikan Menarik Pelancong Di Pulau Pinang Anda Wajib Pergi!

Artikel Berkaitan: 5 Hotel Tepi Pantai Yang Best Sekitar Pulau Pinang. Setiap Hari Tengok Laut!

Artikel Berkaitan: 7 Starbucks Di Pulau Penang Dengan Konsep Unik & ‘Extraordinary’

Sumber: Buletin TV3


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd