Diskaun 50% Bagi Pembelian Tiket ETS Sepanjang Julai Ini – KTMB
Tawaran itu diberikan khusus kepada warganegara Malaysia bagi kesemua laluan ETS dari Padang Besar sehingga ke Gemas pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjadi salah satu pilihan orang ramai selain bas untuk bergerak ke sesebuah lokasi lebih-lebih lagi ke destinasi berlainan negeri.
Bagi menghargai para pelanggan mereka, KTMB telah menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi setiap pembelian tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) sepanjang bulan Julai ini.
Tawaran itu diberikan khusus buat warganegara Malaysia bagi kesemua laluan ETS dari Padang Besar sehingga ke Gemas pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (KTM Berhad), pemberian diskaun bagi tiket kategori dewasa sama ada bagi perjalanan sehala atau dua hala boleh didapati dengan menggunakan kod promosi mengikut tarikh berikut:
- 11 Julai (TRAVELLOKALJULY11)
- 12 Julai (TRAVELLOKALJULY12)
- 13 Julai (TRAVELLOKALJULY13)
- 18 Julai (TRAVELLOKALJULY18)
- 19 Julai (TRAVELLOKALJULY19)
- 20 Julai (TRAVELLOKALJULY20)
- 25 Julai (TRAVELLOKALJULY25)
- 26 Julai (TRAVELLOKALJULY26)
- 27 Julai (TRAVELLOKALJULY27)

Tawaran Diskaun Tambahan Untuk Golongan Warga Emas
Dalam pada itu, golongan warga emas yang telah mendaftar konsesi juga menerima potongan diskaun tambahan dengan menggunakan kod promosi PRIHATINEMAS.
Kod promosi tersebut boleh dimasukkan di semua medium pembelian tiket di kaunter tiket, kios, laman sesawang KTMB dan aplikasi KITS tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan kepada pengguna yang layak.
Maklumat lanjut boleh klik [DI SINI] atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200.
BACA JUGA: KTMB Tawar Perkhidmatan Koc Mewah Kepada Penumpang. Siap Ada Karaoke & Tandas Peribadi!
BACA JUGA: PRN: Kelantan Sediakan Bas Percuma Untuk Pelajar IPT Pulang Mengundi Pada Ogos Ini
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.