Now Reading
Menara Taming Sari Di Melaka Tersekat, 36 Pengunjung Terperangkap Selama 1 Jam

Menara Taming Sari Di Melaka Tersekat, 36 Pengunjung Terperangkap Selama 1 Jam

36 mangsa yang terperangkap di dalam Menara Taming Sari itu terdiri daripada 26 orang dewasa, lapan kanak-kanak, seorang warga emas dan seorang individu Orang Kurang Upaya (OKU).

Menara Taming Sari Di Melaka Tersekat, 36 Pengunjung Terperangkap Selama Satu Jam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Menara Taming Sari merupakan salah satu lokasi tumpuan pelancong tempatan mahupun antarabangsa setiap kali berkunjung ke negeri Melaka.

Dengan berketinggian 110 meter yang terletak bersebelahan Dataran Pahlawan di Bandar Hilir, Melaka, platform pada menara yang berpusing 360 darjah itu mempunyai kapasiti untuk membawa penumpang seramai 66 orang dalam satu masa.


36 Orang Penumpang Terperangkap Dalam Menara Taming Sari Di Melaka

Pengalaman ingin melihat pemandangan negeri Melaka dari bahagian atas bertukar detik mencemaskan kepada 36 orang pengunjung apabila Menara Taming Sari dilaporkan tersangkut pada ketinggian 60 meter semalam (2 Julai).

Memetik laporan Sinar Harian, menara tersebut dikatakan tersekat selama satu jam ketika sedang turun ke bawah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hanif Mustafa memaklumkan pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar 5:38 petang.

Sumber: AlHijrah Online

Pihak bomba tiba di lokasi tujuh minit kemudiannya dan berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Insiden itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal dan pihak penyelenggaraan Menara Taming Sari menggunakan motor sokongan untuk menurunkan pelantar terbabit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hanif Mustafa

Salah Seorang Mangsa Yang Terperangkap Kongsi Detik Cemas Ketika Menara Taming Sari Tersangkut

36 mangsa yang terperangkap di dalam Menara Taming Sari itu terdiri daripada 26 orang dewasa, lapan kanak-kanak, seorang warga emas dan seorang individu Orang Kurang Upaya (OKU).

Salah seorang mangsa iaitu Zuliani Zulkeple, 42, dari Bidong, Kedah sempat menceritakan perkara yang berlaku sebelum menara berkenaan terhenti secara tiba-tiba.

Ketika berada di puncak, pelantar tersebut sempat berputar sebanyak dua kali sebelum tiba-tiba berhenti. Ketika itu saya ingatkan pelantar sengaja berhenti untuk memberi peluang kepada pelancong mengambil gambar.

Salah seorang mangsa, Zuliani Zulkeple.

Lebih membimbangkannya lagi, ada pengunjung yang mengalami sesak nafas akibat kekurangan oksigen kerana menara tersebut hanya mempunyai satu pintu servis dan tidak bertingkap.

Tambahnya lagi, pasukan penyelenggara dikatakan terpaksa memanjat tali kabel kerana ia satu-satunya cara untuk naik ke platform berkenaan untuk menurunkan platform secara manual.

Sebaik tiba di bawah, oleh kerana menara berkenaan tidak mempunyai kuasa elektrik, pihak bomba bertindak memecahkan kunci pintu bagi membolehkan semua mangsa keluar daripada menara berkenaan.

Salah seorang mangsa, Zuliani Zulkeple.

Kesemua mangsa yang terperangkap akhirnya dikeluarkan sekitar jam 6:30 petang.


Tips Keselamatan Jika Terperangkap Dalam Kawasan Tertutup

Kerosakan teknikal boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa kita ketahui. Bak kata pepatah, malang tidak berbau.

Buatnya tiba-tiba lif atau platform yang anda naiki tersekat dan tidak bergerak, ini apa yang anda perlu lakukan:

  • Tenangkan diri
    • Jangan panik dan cuba tarik nafas sedalam yang mungkin untuk membolehkan kita dapat berfikir dengan waras.
  • Tekan butang loceng atau interkom
    • Tekan butang interkom untuk berkomunikasi dan melaporkan tentang masalah yang berlaku kepada bilik kawalan.
    • Atau boleh juga tekan butang loceng untuk menarik perhatian orang ramai bagi memaklumkan anda terperangkap di dalam lif.
  • Hubungi pihak bomba
    • Jika bilik kawalan gagal tidak memberi maklum balas, cuba hubungi talian tertera di dalam lif atau pihak bomba di talian 03-89214444 atau 999.

BACA JUGA: “Sabar Itu Indah” – 19 Pelajar Perempuan Tersekat Dalam Lif, Pihak Bomba Sempat ‘Selit’ Nasihat

BACA JUGA: Warga Asing Terperangkap 6 Hari Dalam Kontena Dari Bangladesh Ke Malaysia Gara-gara Tertidur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd