Now Reading
Demi Hari Tua, KWSP & SK Magic Bekerjasama Tawar Pelan Perancangan Awal Untuk Caruman Ejen

Demi Hari Tua, KWSP & SK Magic Bekerjasama Tawar Pelan Perancangan Awal Untuk Caruman Ejen

SK Magic Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berganding bahu menggalakkan ejen jualannya yang berasaskan komisen semata-mata untuk menabung demi persaraan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, sejak kebelakangan ini sosial media telah dibanjiri oleh berita di mana pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan ramalan jumlah wang yang perlu dimiliki oleh golongan yang bakal bersara.

BACA LANJUT: KWSP Seru Rakyat Jadi Jutawan Untuk Bersara Dengan Selesa

Menurut Malay Mail, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Nurhisham Hussein berkata rakyat Malaysia yang merancang untuk bersara 20 hingga 30 tahun dari sekarang memerlukan nest fund antara RM900,000 dan RM1 juta jika ingin bersara dan menjalani sisa hidup mereka dengan selesa.


SK Magic Prihatin Masa Depan Ejen Jualan Langsung (Direct-Selling), Tawar Pelan Caruman KWSP

SK magic Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berganding bahu menggalakkan ejen jualannya yang berasaskan komisen semata-mata untuk menabung demi persaraan mereka melalui skim caruman pilihan sendiri KWSP.

Caruman Pilihan Sendiri KWSP merupakan satu skim yang membenarkan ahli KWSP yang bekerja sendiri dan tidak berpendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela dalam apa-apa amaun sehingga maksimum RM60,000 setahun ke dalam akaun KWSP mereka pada bila-bila masa dan dalam lingkungan mereka.

Melalui skim ini, individu berasaskan komisen dan mereka yang bekerja di “syarikat gig” dapat menyimpan dan merancang dengan lebih baik untuk kesejahteraan persaraan masa depan mereka.

Selain itu, ahli bukan sahaja dapat membuat persediaan untuk persaraan mereka, mereka juga akan dapat menikmati faedah seperti dividen tahunan, pelepasan cukai, dan faedah lain yang diberikan kepada ahli KWSP.

Insentif Kepada Ejen Jualan

Bermula September ini, SK magic Malaysia juga akan memberikan insentif menarik kepada ejen jualan yang layak berdasarkan jawatan pekerjaan mereka.

Sebagai permulaan, semua Magic Specialist SK magic Malaysia akan layak mendapat sumbangan tambahan 8%, sehingga maksimum RM1,500 setahun.

Manakala, Magic Manager akan layak mendapat sumbangan tambahan 15%, sehingga maksimum RM4,000 setahun, Senior Magic Manager akan layak mendapat sumbangan tambahan 15%, sehingga maksimum RM7,000 setahun.

Akhirnya, Chief Magic Officer akan layak mendapat sumbangan tambahan 15%, sehingga maksimum RM10,000 setahun.

Andy Kim, Pengarah Urusan SK magic Malaysia & Pengurus Kanan, Pejabat Ketua Wilayah Tengah.

Kami menghargai kerjasama pihak KWSP dalam membantu mewujudkan masa depan yang holistik untuk setiap rakyat Malaysia. Kami di SK magic Malaysia komited untuk memastikan setiap orang mempunyai akses yang sama kepada pelbagai peluang ekonomi. Kami juga berusaha untuk memerangi kekurangan buruh dengan menyediakan bantuan kewangan melalui ekonomi digital, terutamanya kepada individu dalam keadaan istimewa seperti pesara atau individu kurang upaya.

Pengarah urusan SK magic Malaysia, Andy Kim.

Andy dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa, “Akibat pandemik yang melanda seluruh dunia selama dua tahun, kami telah menyaksikan ramai individu menderita kerana mereka kehilangan sumber pendapatan utama dan bagaimana mereka berusaha untuk mencari nafkah keluarga mereka.

“Ini menyedarkan saya bahawa kitalah yang boleh membuat perubahan kepada dunia mereka dengan memberi peluang untuk mereka bangkit semula. Dengan itu, kami telah melangkaui untuk menyediakan tambahan 8% – 15% kepada ejen kami yang mencarum melalui Caruman Pilihan Sendiri KWSP,” katanya.


Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd