Now Reading
2 Sekolah Awam Di Malaysia Tersenarai Dalam Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

2 Sekolah Awam Di Malaysia Tersenarai Dalam Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

Dua buah sekolah di Malaysia yang disenarai pendek dalam Anugerah Sekolah Terbaik Dunia adalah SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa.

dua buah sekolah Malaysia terbaik di dunia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pendidikan adalah suatu perkara yang diambil perhatian oleh setiap masyarakat. Bila nak mohon kerja, ada juga sesetengah syarikat yang memandang serius terhadap latar belakang pendidikan.

Dapat belajar di sekolah atau universiti yang berprestij tinggi pun dikira satu rezeki yang ingin dimiliki oleh setiap individu.

BACA JUGA: [Video] Cara Guru Ini Ajar Murid Sekolah Rendah Tentang Pendidikan Seksual Dipuji Netizen

Dua buah sekolah Malaysia antara yang terbaik di dunia

Siapa sangka, dua buah Sekolah Amanah Malaysia telah disenarai pendek dalam Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang dilancarkan oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express pada tahun ini.

Dua buah sekolah awam tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor.

SK Kempadang tercalon bagi kategori Inovasi manakala SMK Kampong Jawa pula tersenarai dalam kategori Menangani Cabaran.

Sumber: Facebook T4 Education
Sumber: Facebook T4 Education

Tiga lagi kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

  • Cabaran Kolaborasi Komuniti
  • Tindakan Alam Sekitar
  • Menyokong Kehidupan Sihat

Boleh dijadikan contoh kepada sekolah lain

Anugerah Sekolah Terbaik Dunia dilancarkan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada sekolah-sekolah yang memberi sumbangan besar terhadap kemajuan masyarakat terutamanya ketika dilanda pandemik Covid-19.

Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah Datuk Shahira Ahmed Bazari meluahkan rasa bangga selepas dua buah sekolah di Malaysia tersenarai dalam anugerah berkenaan.

Kami amat berbangga kerana dua buah Sekolah Amanah Malaysia yang tersenarai dalam anugerah ini membuktikan bahawa sekolah awam juga mampu menjadi antara yang terbaik di dunia.

Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah Datuk Shahira Ahmed Bazari.

Sementara itu, Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Vikas Pota menjelaskan bahawa sekolah yang disenarai pendek ini dipilih menerusi kisah-kisah inspirasi dalam membantu mengubah kehidupan para murid.

Para pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada Oktober 2022 di Minggu Pendidikan Dunia dan setiap pemenang akan menerima RM219,950 (AS$50,000).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd