Now Reading
MYAirline Bakal Wujud Sebagai Syarikat Penerbangan Tempatan Baharu Di Malaysia

MYAirline Bakal Wujud Sebagai Syarikat Penerbangan Tempatan Baharu Di Malaysia

Pesawat MYAirline sudah mula dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal bulan Mei yang lalu.

MYAirline

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau nak pergi bercuti ke tempat yang jauh, kapal terbang adalah pilihan yang paling sesuai mengikut destinasi yang ingin dituju. Nak ke lokasi tempatan mahupun antarabangsa, semuanya boleh.

Malaysia juga mempunyai syarikat penerbangan tempatan yang sering menjadi pilihan orang ramai seperti AirAsia dan Malaysia Airlines.

BACA JUGA: AirAsia Tampil Mohon Maaf Isu Penerbangan ‘Re-timed’

Syarikat penerbangan tempatan baharu, MYAirline Sdn Bhd

Untuk mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan penerbangan, ada berita gembira buat anda kerana satu lagi syarikat penerbangan tempatan bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu milik MYAirline Sdn Bhd.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi mereka, pesawat MYAirline sudah mula dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal bulan Mei yang lalu.

Ramai teruja nak cuba naik MYAirline

Di ruangan komen posting yang dimuat naik di laman Facebook MYAirline itu, kebanyakan warganet agak teruja untuk mencuba syarikat penerbangan baharu ini yang bakal dilancarkan.

Sehingga kini, tiada lagi sebarang aplikasi yang boleh dimuat turun untuk para pelanggan mereka. Stay tune!

Syarikat baharu buka banyak peluang kerjaya

Kebiasaannya, syarikat yang baru ditubuhkan memerlukan tenaga kerja yang ramai lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkhidmatan penerbangan. Jadi untuk anda yang sedang mencari peluang pekerjaan, bolehlah cuba untuk memohon di MYAirline Sdn Bhd.

Antara jawatan yang sedang dicari adalah seperti berikut:

  • Pereka laman web
  • Eksekutif media sosial
  • Jurutera MCC
  • Eksekutif jualan
  • Eksekutif engedaran
  • Pereka grafik

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang bidang kerjaya yang ditawarkan, boleh layari laman web MYAirline.

BACA JUGA: Pengguna Twitter Kongsi Ciri-ciri Resume Untuk Tawan Hati Syarikat


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd