Now Reading
Janin Bayi Lelaki Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Stesen Minyak Di Setapak

Janin Bayi Lelaki Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Stesen Minyak Di Setapak

Janin bayi yang disyaki dibuang ke dalam mangkuk tandas stesen minyak di Danau Kota itu berusia enam hingga lapan bulan.

janin dibuang dalam mangkuk tandas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Janin bayi lelaki yang cukup sifat telah dilaporkan ditemui oleh orang awam di dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak petang semalam (10 Mei).

Susulan kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan sepasukan pegawai serta anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju dan Forensik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur telah menjalankan siasatan di lokasi tersebut selepas menerima maklumat kira-kira pada jam 4.57 petang.

Siasatan awal mendapati janin tersebut dianggarkan berusia enam hingga lapan bulan sebelum disyaki dibuang ke dalam mangkuk tandas berkenaan.

Kami telah membawa janin tersebut ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan meneruskan siasatan berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit. Individu yang disabitkan bersalah boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes ini juga boleh menyalurkan informasi menerusi talian IPD Wangsa Maju di 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau ke mana-mana balai polis berhampiran.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd