Now Reading
Lelaki Dibelasah Guna Rantai Besi & Dipaksa Potong Jari Sebagai Bukti Tak Bersalah

Lelaki Dibelasah Guna Rantai Besi & Dipaksa Potong Jari Sebagai Bukti Tak Bersalah

Suspek memaksa mangsa untuk memotong jari kelingkingnya sebagai bukti tiada kaitan dengan kematian rakan wanitanya.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang lelaki India warganegara tempatan melaporkan individu berbangsa Cina telah memukulnya menggunakan rantai besi serta pernah ditampar dalam dua kejadian berbeza.

Mangsa berusia 36 tahun itu memaklumkan dia juga hilang satu jari kelingking di sebelah kiri selepas berlaku pertengkaran mulut dengan suspek.

Semuanya berlaku gara-gara suspek terkilan dan marah selepas mengetahui rakan wanitanya yang juga kekasih mangsa mati dengan cara membunuh diri pada 9 November tahun lalu.

Ketika kejadian di Taman Chi Liung pada 13 November 2021 itu, suspek telah menampar mangsa sebanyak dua kali dan memaksa untuk memotong jari kelingking sebagai bukti dia tidak mempunyai kaitan dengan rakan wanitanya.

Bagi membuktikan kebenaran, mangsa memotong jari kelingking kirinya menggunakan pisau sebelum pengsan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Dalam kejadian berbeza pada 10 April baru-baru ini pula, suspek masih menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap mangsa dan bertindak memukul mangsa beberapa kali di bahagian belakang badan, kepala, tangan kiri dan kaki menggunakan rantai besi.

Ketika berlakunya kedua-dua insiden tersebut, suspek dilihat sempat merakam video menggunakan telefon bimbitnya.

Polis mulakan siasatan

Selepas menerima laporan daripada mangsa dan tersebarnya video kejadian itu di media sosial, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana telah menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.

Video itu juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana menerbitkan video dalam media sosial bertujuan untuk mengapikan pihak lain.

Maklumat tentang suspek

Pihak polis telah mengenalpasti suspek dan kini dalam usaha untuk mengesan serta menangkapnya.

  • Nama: Chong Guang Ming
  • Nombor kad pengenalan: 721120-04-5159
  • Umur: 49 tahun
  • Bangsa: Cina

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk segera menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

ten + 11 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd