Now Reading
Suspek Belasah Ejen Cari Jodoh Diturunkan Jawatan Buat Sementara Waktu

Suspek Belasah Ejen Cari Jodoh Diturunkan Jawatan Buat Sementara Waktu

Tindakan serta-merta telah diambil ke atas suspek dengan memindahkan anggota polis terbabit dari tugas sebagai detektif kepada tugas pentadbiran buat sementara waktu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular rakaman CCTV di mana seorang lelaki bekerja sebagai penjawat awam dipercayai membelasah wanita yang merupakan ejen cari jodoh.

Kes tersebut didakwa berlaku selepas lelaki tersebut bengang kerana masih tidak mendapat calon pasangan meskipun sudah membayar RM2,500 di laman web mencari jodoh.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga sudah menunggu hampir enam bulan untuk memberi masa kepada ejen berkenaan mencari jodoh untuknya.

BACA JUGA: Ejen Cari Jodoh Dibelasah Penjawat Awam Gara-gara Masih Tak Jumpa Jodoh

Suspek adalah detektif koperal di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor

Memetik laporan, suspek yang merupakan seorang anggota polis telah dipindahkan tugas ke buat sementara ketika siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan bahawa suspek berusia 35 tahun itu adalah detektif koperal di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor.

Saya mahu membetulkan fakta bahawa individu berkenaan bukan pegawai kanan polis tetapi detektif koperal yang bertugas di IPK Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.

Tindakan serta-merta telah diambil ke atas suspek dengan memindahkan anggota polis terbabit dari tugas sebagai detektif kepada tugas pentadbiran buat sementara waktu.

Selain itu, siasatan dari segi tatatertib juga dijalankan terhadap anggota tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd