Now Reading
Remaja Bergaduh Guna Kayu Besbol Di Klang Gara-gara Rebut Teman Wanita

Remaja Bergaduh Guna Kayu Besbol Di Klang Gara-gara Rebut Teman Wanita

Siasatan awal pihak polis mendapati sekumpulan remaja itu mengaku mereka membelasah mangsa menggunakan kayu besbol gara-gara berebut teman wanita.

bergaduh guna kayu besbol berebut teman wanita

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tak kisahlah anda di peringkat umur yang masih muda atau sudah berusia, bila bercakap soal cinta mesti akan berbunga-hati hati sampai tersenyum seorang diri.

Kalau kita sukakan seseorang, generasi zaman sekarang gelarkan mereka sebagai ‘crush’. Kononnya macam suka dalam diam. Di sekolah, senior yang cantik atau tampan confirm akan ada ramai peminat.

Tapi anda jangan terkejut bila ada pelajar-pelajar sekolah ini yang terlalu taksub ingin memiliki ‘crush’ mereka sehingga sanggup terlibat dalam pergaduhan.

BACA JUGA: Pelajar Tingkatan 4 Dibuli Oleh Senior Gara-gara Berebut Seorang Gadis

Bergaduh guna kayu besbol untuk rebut seorang gadis

Situasi yang sama sekali lagi berlaku apabila sekumpulan pemuda dipercayai remaja dan pelajar sekolah sanggup menggunakan kayu besbol untuk memukul seorang lelaki di sebuah restoran gara-gara berebut teman wanita.

Kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 2.10 pagi di Taman Ehsan Jaya, Pandamaran, Klang itu mula tular di media sosial apabila video berdurasi kurang satu minit itu dimuat naik.

Dalam video tersebut, mangsa telah dibelasah menggunakan kayu besbol dan kerusi plastik serta diseret dari restoran berkenaan memasuki sebuah kereta berwarna putih.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memaklumkan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah menahan lapan orang lelaki dalam lingkungan umur 14 hingga 21 tahun di kawasan Kapar serta daerah Klang.

Beberapa telefon bimbit, pakaian, sebuah motosikal dan dua batang besi besbol telah dirampas.

Berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek mengaku terlibat dalam pergaduhan tersebut. Kejadian itu berpunca kerana berebut teman wanita yang melibatkan pelajar sekolah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong.

Hoong Fong tidak menolak kemungkinan bahawa wujud pengaruh gangsterisme atau kumpulan kongsi gelap. Semakan rekod juga mendapati dua daripada lapan orang suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah.

Kesemua suspek ditahan reman dalam tempoh tiga hingga enam hari dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd